Tuesday, August 31, 2010

Mazhab-mazhab Sunni Yang Sudah Tidak Digunapakai

MAZHAB-MAZHAB YANG TELAH PUPUS

Kategori-kategori mazhab Sunni yang muncul terdapat sebahagian daripadanya yang hanya tersebar untuk beberapa ketika sahaja. Dimana ekoran beberapa faktor tertentu ia lenyap berlalu dan tidak mendapat tempat. Untuk itu, apa yang dapat dijelaskan di sini mengenai Mazhab Sunni yang telah berlalu antaranya ialah:-

MAZHAB AL-ZAHIRI
Sudut sejarahnya Mazhab tersebut mula muncul di Baghdad sekitar pertengahan kurun ke-3 Hijrah. Ia telah diasaskan oleh Daud ibn Ali ibn Khalaf al-Ashfihani yang lebih terkenal dengan gelaran Abu Sulaiman al-Zahiri. Beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 200 Hijrah(1). Ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 202 Hijrah. Pada peringkat permulaannya, Daud al-Zahiri menimba ilmu, berdamping dengan para sahabat, murid Imam Syafi’i serta pernah mengikut mazhab Syafi’i ,bahkan beliau ada mengarang kitab berkenaan dengan manaqib Imam al-Syafie. Mazhabnya di namakan mazhab zahiri kerana beliau berpegang kepad zahir lafaz Al-Quran dan Al-Sunnah. Beliau menolak penggunaan ta’wil dan qias dan penggunaan al-ra’y serta ijtihad yang lain. Oleh itu, dasar mazhabnya adalah nas-nas daripada al-Kitab, al-Sunnah dan Ijma’ sahaja. Namun begitu, selepas itu beliau meninggalkannya serta mengasaskan mazhab tersendiri. Beliau meninggal dunia pada tahun 270 Hijrah.

Dasar Mazhab Zahiri

Pembinaan dan asas utama mazhab Zahiri ialah berdasarkan dalil sebagaimana berikut, iaitu:-


a. al-Qur’an

Dimana usul mazhab tersebut ialah zahir nas-nas yang dipetik daripada al-Qur’an. Hujah serta alasan yang dikemukan oleh beliau kerana segala-segalanya telah lengkap dan dijelaskan di dalam al-Qur’an. Iaitu sama ada penjelasan secara langsung daripada al-Quran itu sendiri atau ia dijelaskan menerusi hadis. Erti kata lain, mereka beramal dengan lafaz zahir yang terbentuk daripada nas-nas al-Qur’an dan Hadis selagi tidak ada apa-apa dalil atau pertunjuk lain yang membolehkan ia diabaikan atau ditinggalkan.

Menurut mazhab al-Zahiri juga, segala lafaz suruhan membawa erti wajib, melainkan jika terdapat dalil lain atau nas lain yang menunjukkan sebaliknya. Antara dasar dan pegangan mereka ialah firman Allah:-

Terjemahan: Kemudian jika kamu berbantah-bantah( berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada(Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) rasul-Nya.
(Surah An-Nisa’: 59)

b. Hadis

Selain daripada itu juga, usul mazhab tersebut juga ialah zahir nas-nas yang dipetik daripada Hadis. Dimana hadis dengan al-Qur’an saling lengkap melengkapi dan mejelaskan terhadap sesetengah hukum yang perlu penjelasan. Antara lain mereka berhujah dengan sabda Baginda: (2)

ذروني ما تركتكم فانما هلك من كان قبلكم بكثرة سؤالهم واختلافهم على أنبيائهم فاذا امرتكم بسيء فأتوامنه ما استطعتم واذا نهيتكم عن شيء فدعوه
(2) Diriwayatkan oleh Imam Muslim



Maksudnya: Tinggalkan (dari bertanyakan kepadaku) sesuatu yang telah aku tinggalkan pada kamu. Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kamu disebabkan mereka banyak pertanyaan terhadap nabi-nabi mereka. Apabila daku perintahkan sesuatu terhadap kamu, lakukanlah semampu kamu. Kiranya pula daku menegah terhadap kamu, maka jauhilah ia.

Untuk itu, apa sahaja yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. atau ditegah oleh Baginda, ia membawa erti tidak wajib serta tidak haram. Justeru, hukumnya menjadi harus. Untuk itu, tidak perlu kepada apa-apa dalil lain lagi, seperti: al-Qiyas atau lainnya.

c. Ijma’

Mazhab al-Zahiri hanyalah bertindak menerima ijma’ sebagai sumber perundangan ketika mana ketiadaan atau waktu tidak ada nas sahaja. Seterusnya pula, penerimaan Ijma’ itu dengan berdasarkan syarat tertentu pula. Iaitu ia mestilah hasil persepakatan dari seluruh ulama’ dan mujtahid yang ada, bukannya persepakatan golongan dan di wilayah tertentu sahaja. Justeru, berdasarkan syarat yang amat ketat sebegitu seolah-olah menunjukkan bahawa mazhab al-Zahiri bertindak menolak berhujah dengan ijma’.

d. Ijtihad

Seterusnya beliau membuka ruang atau pintu ijtihad, tetapi bertindak menolak segala sumber perundangan al-Ra’yi lain, iaitu: al-Qiyas, al-Istihsan, dan selain daripada keduanya.

Sebagai rumusannya, dasar serta kaedah istinbat hukum yang digunakan oleh mazhab al-Zahiri banyak membuka ruang atau tidak banyak memberi kelonggaran. Untuk itu, dasar mereka banyak membawa percanggahan dengan jumhur imam mazhab Sunni lain.

Fiqh Mazhab al-Zahiri

Antara Fiqh dalam mazhab al-Zahiri yang dapat dikemukakan disini ialah:

i) tidak jatuh talak melainkan dengan salah satu daripada tiga lafaz tersebut sahaja, iaitu: al-Talak((الطلاق, al-Tasrih, dan al-Firaq. Dimana selain daripada tiga lafaz tersebut dikira tidak jatuh talak, biarpun diniatkan atau tidak diniatkan. Untuk itu, ia menunjukkan bahawa talak secara sindiran atau kinayah tidak membawa apa-apa kesan hukum menurut mereka.

ii) Talak tidak harus sama sekali dilakukan secara perwakilan. Untuk itu, talak yang dilakukan secara bertulis atau surat tidak membawa apa-apa kesan.

iii) Jual beli, talak dan rujuk mestilah dilaksanakan dengan bersaksi. Ia dikira tidak sah jika berlangsung tanpa saksi yang adil.

iv) Wajib terhadap isteri berharta atau kaya memberi nafkah atau membantu mengurangkan beban suaminya yang susah dan miskin. Hal itu mereka berpegang dengan dalil sebagaimana firman Allah:

v) Perkahwinan pertama atau akad perkahwinan buat pertama kali adalah wajib hukumnya. Mereka berpendapat demikian dengan berdasarkan dalil perintah yang bererti wajib. Sebagaimana firman Allah:

Sumbangan Daud Zahiri

Pada peringkat awal sahaja, mazhab al-Zahiri mendapat sambutan, namun pada kurun kelima hijrah ia menjadi merosot dan pada kurun kelapan mazhab tersebut telah lenyap sama sekali. Di mana kesan tinggalan serta dasar mereka hanya termaktub dalam kitab-kitab Fiqh sahaja. Mazhab al-Zahiri tersebut sebelumnya pernah tersebar di Baghdad, Iraq serta Parsi. Seterusnya Mazhab tersebut juga diikuti oleh segelintir masyarakat di Afrika dan Andalus. Untuk menyebarkan alirannya, Daud al-Zahir telah mengarang beberapa buah kitab berdasarkan bab
Fiqh, antaranya yang utama adalah: Kitab Ibtal al-Taqlid, Kitab Ibtal al-Qiyas, Khabar al-Wahid, Kitab al-Mujib Li al-‘Ilm, Kitab al-Hujjah serta Kitab al-Mufassir wa al-Mujmal.

Pendokong Mazhab al-Zahiri

Mazhab al-Zahiri pernah disebarkan dan serta dikembangkan oleh anaknya Muhammad ibn Daud (m.297H) . Selepas itu ia dikembangkan pula oleh Ibn al-Mughallis (m.324H). Namun begitu, antara mereka yang terkenal serta banyak mendokong ke arah penyebaran mazhab al-Zahiri ialah Ibn Hazm al-Zahiri. Nama sebenar beliau ialah Abu Muhammad Ali Ibn Ahmad Ibn Sa’id Ibn Hazm, yang telah meninggal dunia pada tahun 456 Hijrah.
Ibn Hazm merupakan seorang ulama yang pakar dalam semua bidang di Andalus. Beliau bertungkus lumus menyebarkan dan mengembangkan mazhab tersebut dan mempertahankannya dengan mengarang kitab khusus, antaranya adalah:

i) Kitab al-hakam fi usul al-ahkam yang berkaitan dengan usul al-Fiqh serta dibukukan dalam lapan juzu’.

ii) Kitab al-Nubaz al-Fiqh al-Zahiri

iii) Kitab al-Mahalla fi Furu’ al-Fiqh. Ia merupakan kitab yang berkaitan dengan Fiqh serta dibukukan dalam sebelas juzu’

iv) Kitab al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ fi al-Nihal.
Di dalam kitab al-Mahalla beliau menyebut pandangan-pandangan mazhab al-Zahiri dan menolak pandangan yang bercanggah denganya. Ibn Hazm terkenal sebagai seorang yang keras ketika menolak pandangan orang lain dan ketika berdebat. Beliau juga memberi gelaran yang buruk terhadap orang yang bercanggah denganya. Oleh itu, beliau di pandang aib oleh para ulama. Namun ini tidak menghalang kita daripada mendapat manfaat daripada kitab dan ilmunya yang luas itu. Dalam kitab al-hakam fi usul al-ahkam beliau menjelaskan tentang dasar-dasar mazhab al-zahiryy, mendebat pendapat yang bercanggah dengannya dan menyebut dalil-dalil yang menyokong pendapatnya.

MAZHAB AL-TABARI
Pengasasnya ialah Abu Ja’afar Muhammad ibn Jarir yang lebih terkenal dengan gelaran al-Tabari. Beliau dilahirkan pada tahun 224 Hijrah, dalam daerah Amal di Tabarasan dan meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah. Beliau pernah berguru dan mendalami ilmu Hadis dan Fiqh dengan ulama terkemuka, antaranya adalah: Imam Syafi’i, Malik, serta Abu Muqatil dari kalangan ahli Ra’yi. Beliau juga banyak mengambil ilmu dan Fiqh khasnya dari ulama di Iraq dan wilayah-wilayah lain.
Akhirnya al-Tabari dapat menguasai pelbagai bidang ilmu, seperti: al-Quran, Nahu, Syair, Bahasa Fiqh, dan lainnya serta mencapai tahap Mujtahid Mutlak sekaligus mengasaskan mazhab tersendiri. Beliau juga mempunyai sahabat serta pengikut setia yang berpegang dengan mazhabnya dan turut memperluaskannya sekaligus mempertahankannya. Antara murid dan pengikut al-Tabari ialah: Ali ibn Abdul Aziz dan Abu Bakar Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Abu al-Thalj al-Khatib. Mazhab al-Tabari mendapat pengaruh serta tersebar di Baghdad, Iraq hingga pertengahan kurun kelima Hijrah sahaja, selepas itu ia menjadi pudar dan lenyap.

KITAB-KITAB KARANGAN AL-TABARI

Untuk menyebarkan mazhab Fiqh beliau, al-Tabari telah menulis banyak kitab yang merangkumi pelbagai bidang. Antara karya beliau yang amat berharga ialah:

i. Jami’ al bayan an Ta’wil ay al-Quran (lebih dikenali sebagai Tafsir al-Tabari). Dalam kitab tafsirnya ini, kita boleh dapati banyak hukum-hukum fiqh yang dirumuskan daripada ayat-ayat Al-Quran. Di samping itu, pendapat para fuqaha’ silam sama ada yang mazhabnya masih kekal atau sudah lenyap juga banyak terdapat dalam kitab tersebut. Setiap pengkaji ilmu fiqh atau sesiapa yang mahu mendalami pengkajian terhadap pendapat-pendapat para fuqaha’ sepatutnya mengambil berat terhadap kitab tersebut, serta beberapa kitab yang menerangkan tentang hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran, seperti kitab Ahkam al-Quran tulisan al-Jassas, al-Jami’ li Ahkam al-Quran tulisan al-Qurtubiyy dan lain-lain.

ii. Tarikh al-Tabari

iii. Kitab Ikhtilah al-Fuqaha’. Ia merupakan antara kitab perselisihan Fiqh terkemuka, khasnya berkaitan dengan ulama’ awal.Dimana dalam kitab tersebut, al-Tabari mendedahkan pelbagai perselisihan dikalangan mujtahid dan menyertakan hujah masing-masing. Iaitu sama ada perselisihan dikalangan mujtahid dan imam mazhab yang masih berterusan mendapat tempat atau telah berlalui ditinggalkan.

MAZHAB AL-THAURI
Pengasasnya adalah Abu Abdullah Sufian ibn Sa’id al-Thauri al-Kufi. Beliau telah dilahirkan di Kufah pada tahun 97 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah pada tahun 161 Hijrah. Beliau seorang yang pakar dalam bidang Fiqh juga Hadis dan ulama’ besar dalam berbagai bidang lain hingga mencapai tahap Mujtahid Mutlak. Beliau juga merupakana salah seorang ulama dan imam mujtahid yang tegas dalam menegakkan kebenaran, biarpun ketika berdepan dengan pemerintah dan khalifah.

Beliau seorang yang mempunyai daya ingatan yang amat kuat. Mengenai hal ini, beliau pernah berkata “ Tidak pernah aku lupa sesuatu yang telah aku hafal” Para ulama sepakat mengatakan beliau adalah seorang yang amat pakar dalam bidang ilmu hadith dan fiqh. Beliau hidup dalam keadaan yang amat sederhana. Beliau tergolong dalam kalangan tabii al-tabii.

Sufian Bin Uyainah pernah berkata tentang Sufian al-Thauri “ Aku tidak pernah melihat orang yang alim tentang halal dan haram lebih daripada al-Thauri”

PUNCA MAZHAB AL-THAURI PUPUS
Mazhab ini tidak dapat kekal lama kerana hanya sedikit pengikutnya yang
berusaha mengembang mazhabnya, lalu segalanya lenyap selepas kematiannya walaupun mempunyai ramai murid yang menimba ilmu daripadanya.

Ekoran ilmu beliau yang sangat tinggi itu, Khalifah al-Mansur telah menulis surat kepada beliau untuk dilantik sebagai mufti kerajaan. Walaubagaimanapun, al-Thauri bertindak menolak tawaran tersebut, bahkan beliau mengambil surat khalifah itu dan dicampakkan di dalam Sungai Dajlah, kemudian beliau melarikan diri dan bersembunyi.

Ekoran menghadapi tekanan dari pihak pemerintah, menyebabkan beliau tidak dapat menyebarkan ajarannya secara terang-terangan. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai pengikut setia serta bertindak meriwayatkan Fiqh dan Hadis daripadanya juga meriwayatkan kitab beliau. Al-Thauri mati dalam keadaan sembunyi, tanpa dihebohkan dan di kebumikan pada waktu malam hari. Antara pengikut mazhab al-Thauri ialah kalangan penduduk di Yaman juga di Asfahan. Al-Thauri telah mengarang beberapa buah kitab, antaranya adalah: Kitab al-Jami’ al-Kabir, Kitab al-Jami’ al-Saghir dan Kitab al-Fara’id.


MAZHAB AL-LAITH IBN SA’ID

LATAR BELAKANG AL-LAITH
Beliau ialah Al-Laith bin Sa’id bin Abd al-Rahman al-Fahmiyy. Beliau adalah seorang Faqih berbangsa Mesir. Dilahirkan pada tahun 94H di suatu tempat bernama Qalqashandah, daerah Qalyubiyyah, Mesir dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 175H. Jenazahnya di kebumikan di suatu tempat yang bernama al-Qarafah al-Kubra. Keluarganya berasal dari Asfahan di Khurasan. Beliau tergolong dari kalangan tabii al-tabiin.
Beliau menuntut ilmu fiqh dan hadis daripada al-zuhriyy sehingga akhirnya beliau menjadi seorang alim yang paling hebat di Mesir, hinggakan pemerintah dan qadi Mesir pada ketika itu berada di bawah pengaruhnnya . Beliau adalah seorang yang kaya dan amat pemurah. Pendapatan tahunannya berjumlah 80 ribu dinar, namun tidak pernah pendapatannya itu dikenakan zakat kerana dia membahagi-bahagikan dan menyedekahkanya kepada orang ramai.

ILMU-ILMU IMAM AL-LAITH

Al-Laith dikenali sebagai salah seorang daripada ulama’ hadis serta Fiqh. Beliau juga seorang yang mendalami ilmunya dalam bidang tasawuf, ilmu bahasa arab , al-quran dan syair arab. Beliau juga seorang yang bijak bermuzakarah ( berbincang ) secara ilmiah. Beliau pernah mendalami hadis dan ilmu lain di Hijaz serta Iraq. Ramai kalangan ulama’ terkemuka yang mengambil ilmu serta meriwayatkan hadis daripada beliau. Disebabkan keilmuannya yang tinggi, beliau dikatakan standing dengan Imam Mazhab Sunni 4 yang masyhur. Hal itu sebagaimana Imam Syafi’e pernah berkata : “Sesungguhnya al-Laith itu merupakan orang yang paling alim, bahkan melebihi Imam Malik”. Namun para sahabat dan muridnya tidak menyebarkan dan tidak memperluaskannya.

Surat menyuratnya dengan Iman Malik serta perdebatanya terhadap beberapa pandangan Imam Malik menunjukan beliau adalah seorang yang mempunyai ilmu yang luas, kajian dan kefahaman yang mendalam. Didalam kitabnya, Ibn al-Qayyim menyebutkan surat al-Layth bin Sad yang diutuskan kepada Imam Malik.

Pernah Imam Mansur meminta beliau menjadi gabenor Mesir, tetapi beliau menolaknya. Pada zamanya, beliau adalah satu-satunya ulama yang memberi fatwa kepada segala permasalahan yang berlaku di mesir. Namun mazhabnya tidak kekal lama kerana beliau tidak membukukannya dan kerana bilangan pengikutnya adalah sedikit. Oleh itu, ketika berhadapan dengan kemaraan Mazhab Imam Malik dan Imam Syafie di Mesir, mazhabnya tidak dapat bertahan lalu lenyap dalam tempoh masa yang singkat selepas kematianya.


MAZHAB AL-AUZA’I

Ia telah diasaskan oleh Abu ‘Amru Abdul Rahman ibn Muhammad al-Auza’I al-Dimasyqi. Beliau dilahirkan di Ba’labaka pada tahun 88 Hijrah. Ada setengah
pendapat mengatakan beliau dilahirkan di Damsyiq. Beliau meninggal dunia di Beirut pada tahun 157 hijrah dan dikebumikan di bahagian Timur Bandar Beirut. Beliau juga banyak mengembara pada masa mudanya untuk mencari dan menuntut ilmu hadis daripada Ata’ bin Abi Rabah dan al-Zuhriyy. Setelah menjadi ulama’ hadis yang ternama, ramai dari kalangan ulama’ hadis yang besar meriwayatkan hadis daripadanya.

DASAR-DASAR MAZHAB AL-AUZAI

Beliau tidak cenderung kepada penggunaan ijtihad dan qias. Beliau sering menyeru agar berpegang teguh dengan al-sunnah. Oleh itu beliau di kategorikan sebagai ahli hadis . Apabila menjumpai hadis dalam sesuatu masalah , beliau tidak berpegang denganya tanpa berpaling kepada perkara lain.

Beliau adalah seorang penulis yang mahir. Beliau mengarang beberapa risalah yang dapat di kesan hingga kini dan memiliki budi pekerti yang tinggi. Ketinggian ilmunya dapat dilihat melalui kata-kata al-Walid bin Marthad tentang dirinya “ Aku tidak pernah mendengar perkataan daripada seseorang yang mulia melainkan pendengarnya perlu untuk memastikan diri dengan beliau. Aku juga tidak pernah melihat beliau ketawa berdekah-dekah".

Antara kata-kata beliau yang masyhur ialah “ Jika Allah mengkehendaki keburukan pada sesuatu kaum, maka Allah akan membuka pintu perdebatan kepada mereka dan menegah mereka daripada beramal.” Antara kata-katanya lagi ialah “ Celakalah kepada orang-orang yang mempelajari ilmu fiqh bukan untuk tujuan beribadat dan orang-orang yang menghalalkan sesuatu yang haram dengan perkara-perkara yang syubhah.”

PUNCA-PUNCA MAZHAB AL-AUZAI PUPUS

Mazhabnya pernah menjadi pegangan penduduk Syam sehingga qadi di Syam pada ketika itu berpegang pada mazhabnya. Kemudiannya mazhab ini
masuk ke Sepanyol. Namun begitu, mazhab ini tidak kekal lama, bahkan kumpulan pengikutnya menjadi semakin berkurangan, dan seterusnya mazhab ini lenyap daripada amalan masyarakat setempat. Mazhab ini tidak dapat bertahan apabila berhadapan dengan kemaraan mazhab Syafie di Syam. Hal itu ekoran mufti dan hakim yang menyandang jawatan di Damsyik waktu itu mengikuti Mazhab Syafi’e.
Antara lain, pada kurun ke 4 hijrah, mazhab al-Auza’i telah tersisih dikalangan penduduk Andalus, ekoran pada waktu itu muncul mazhab Imam Malik disitu . Pandangan-pandangannya hanya disebut dalam kitab-kitab yang menceritakan tentang perselisihan pendapat di kalangan para fuqaha sahaja. Sekarang ini mazhab tersebut tidak mempunyai pengikut lagi.

Sunday, August 29, 2010

Mengimbas Kembali Tragedi Ambon

Ana berhajat pada malam yg hening ini untuk berbawa sahabat-sahabat ana kembali mengimbas tragedi Ambon. Tragedi yang telah tercetus pada tahun 1998 ini sebenar kalau kita fikirkan semula, akan mampu untuk memberi kesan yang mendalam ke dalam roh kita. Tragedi yang ini telah mengambarkan sifat sebenar orang Islam yang tidak sensitif terhadap apa yang berlaku. Bukan sahaja kepada ummat Islam sendiri, malah kepada diri kita sendiri pun kadang-kadang kita ambil endah tak endah. Umpama lembu yang dicucuk hidungnya dan hanya membiar apabila ditarik talinya.

Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah membakar dan menyerang sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar kemudian mengadu kepada pemerintah. Pemerintah berjanji akan menyelesaikannya.

Dua minggu kemudian, Kristian menyerang lagi penduduk Islam Ambon tetapi di kampung yang lain. Orang Islam masih bersabar dan terus mengadu kepada pemerintah dan pemerintah berjanji lagi akan menyelesaikannya.

Selang dua minggu selepas itu pula, Kristian terus menyerang orang Islam lagi. Kristian berani untuk menyerang lagi apabila melihat sikap orang Islam yang langsung TIDAK SENSITIF. Memang inilah realiti umat Islam.

Selepas tiga buah kampung sudah menjadi padang jarak padang terkukur, ummat Islam masih belum bertindak.

Menjelang hari raya Aidilfitri 1999, orang Kristian dari luar Ambon, terutama dari Maluku berbondong-bondong datang ke Ambon. Berbeza dengan orang Islam yang ramai keluar untuk menyambut hari raya. Kononnya, Jesus Christ akan turun di Ambon malam itu. Nisbah Ummat Islam pada waktu itu hanya 3 Muslim: 10 Kristian. Ketika ummat Islam beriktikaf di masjid, orang Kristian berbincang untuk menyerang orang Islam ketika Solat Hari Raya nanti. Hal ini kerana ummat Islam akan bersolat ditengah padang dan memudahkan kristian untuk menyembelih ummat Islam. Tetapi dengan pertolongan Allah, Kristian gagal menyerang.

Namun begitu, serangan tetap berlaku pada pukul 3 ptg tatkala ummat Islam sedang berehat seusai menunaikan solat Zohor. Serangan dilakukan secara menyeluruh di Ambon. Kristian yang membahagikan mereka kepada 4 kumpulan dengan mudah menyerang ummat Islam yang sedang leka dengan keseronokan hari raya. Pasukan kristian ada yang menggunakan panah yang terdapat api mahupun racun bagi memusnahkan orang Islam. Habis semua rumah orang-orang Islam terbakar dek terkena anak panah yang berapi. Kristian juga ada menggunakan senjata AK-47 yang dibekalkan oleh kristian Australia bagi membunuh ummat Islam. Yang lelaki hampir semua dibunuh. Manakala yang wanita pula dirogol dan dibunuh. Ada juga yang dikeluarkan jantungnya untuk ditayangkan oleh pihak kristian yang tiada adab ini. Hatta ibu-ibu yang mengandung ada juga dibelah perutnya kemudian ditukar kandungannya dengan seekor kucing dan dijahit semula perutnya. Bayangkan sahabat sekalian jika seekor kucing hidup di dalam perut seorang ibu.

Tragedi ini bukan setakat ini sahaja, tetapi memakan masa yang lama.Malah lebih banyak peristiwa dan tragedi yang berlaku selepas itu. Ana disini nak mengajak sahabat sekali memikirkan jika tragedi itu berlaku di Malaysia, adakah kita mampu untuk melakukan sesuatu dalam keadaan diri kita yang imannya tidak seberapa, yang keadaan diri kita ini tiada ilmu pertahanan diri dan dalam keadaan masyarakat yang sentiasa "tidur" ini. Jika kita hendak mengharapkan kerajaan, adakah anda fikir kerajaan kita yang penuh dengan masalah sekarang ini akan bertindak? Tidak peliklah jika kerajaan kita juga akan bertindak seperti pemerintah Indonesia juga yang hanya akan mendengar aduan kita umpama angin yang lalu sahaja. Kita jangan fikir dengan Iman kita yang senipis kulit bawang ini mampu untuk berjihad mempertahankan Islam. Para sahabat dahulu sanggup berjuang kerana Iman mereka kental dan mereka berjuang kerana nak mati. Kita berjuang tidak sanggup mati. Fikir-fikirkanlah wahai sahabat. Ana masa mula2 membaca artikel ini menangis kerana dilihat diri sendiri yang rasanya terlalu hina dan berasa takut untuk pergi berjuang jika tragedi ini terjadi di Malaysia.

Monday, July 19, 2010

Mahasiswa Islam Mendepani Cabaran

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah s.a.w., para Sahabat serta semua muslimat yang berada di bawah RahmatNya. Amin. Kaum Muslimin yang budiman, semoga Allah memberi kita kebahagian dan keredhaanNya. Sesungguhnya ibadah adalah hasil daripada ilmu, faedah daripada umur, berkat usaha hamba-hamba Allah yang rajin, barang berharga daripada para Aulia', jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertakwa, bahagian untuk mereka yang mulia, tujuan daripada orang-orang yang berhemah, syiar dari golongan terhormat, perkataan orang-orang yang berani berkata jujur, pilihan orang-orang yang waspada dan merupakan jalan menuju sy urga.
Sahabat-sahabat mahasiswa sekalian, setelah kita berusaha di alam persekolahan bagi menambah kualiti diri, akhirnya tika ini Allah s.w.t telah membenarkan diri kita untuk berada di IPT dan memegang status Mahasiswa. Apabila dipanggil mahasiswa, semua mengkat diri lambang megah dengan gelaran itu. Tetapi pengisian daripada gelaran itu mungkin kosong mungkin berisi. Definisi mahasiswa Islam adalah generasi muda yang menuntut di menara gading yang turut bersosial bersama masyarakat yang beragama islam serta mempunyai pegangan yang kukuh terhadap Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Kita perlu sedar bahawa bergelar status mahasisiwa bukanlah hanya suka-suka sahaja. Tetapi hidup perlu berisi dengan apa yang sesuai dengan gelaran mahasiswa. Malahan, kita juga harus menjadi waktu ini sebagai masa untuk kita mengumpul segala ilmu Allah sebanyak yang mungkin. Ilmu Allah itu sungguh luas, dan tidak cukup 7 lautan untuk menjadi dakwat pena bagi menulis segala ilmuNya. Kita perlu sedar apa-apa ilmu yang kita ada sekarang ini adalah atas keizinan dariNya. Lantaran itu, jangan lupa sesekali kita meletakkan qasad diri ini belajar kerana perintahNya. Fenomena belajar kerana duniawi ini sebenarnya telah disebut oleh Imam al-Ghazali sejak dahulu lagi. Dan hari terbukti ianya benar-benar terjadi. Mahasiswa perlu berani bangkit kerana mereka inilah satu-satunya kelompok manusia yang bebas. Mahasiswa perlu bersedia menghadapi segala cabaran yang datang. Kerana masalah yang perlu diselesaikan adalah berbeza setiap masa.
Mungkin kita masih ingat dengan Demonstrasi Baling yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim yang semasa itu bergelar mahasiswa. Lantaran dari peristiwa itulah, dasar-dasar negara masa kini ada yang mengutamakan rakyat, contohnya adalah FELDA. Presiden Indonesia juga ada berkata bahawa "berilah aku sepuluh orang pemuda, maka akan aku goncang dunia ini". Jelaslah kita berdasarkan sejarah-sejarah lampau ini yang telah membuktikan mahasiswa ini berkemampuan. Mahasiswa masa kini pula perlulah mencipta sejarah yang tersendiri yang dapat dimanfaatkan generasi akan datang.
Syeikh Solah pernah berkata,Cabaran paling utama dalam kehidupan mahasiswa adalah Iman. Kerana iman adalah benih kepada hati, yakni daging yang Rasulullah s.a.w sabda, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh badan. Jika rosak daging itu, maka rosaklah badan kita. Peristiwa-peristiwa masa kini kebnyakannya telah memalukan status mahasiswa itu. Di mana semua peristiwa ini tidak patut berlaku kepada mahasiswa mahupun mahasiswi.

Tuesday, June 8, 2010

Pesanan Terakhir Syed Qutb

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat…
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat…
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Syed Qutub-1966

Kami Bersamamu Palestin



Begitu ramai umat Islam bangkit mencela dan mengutuk tindakan rejim Zionis laknatullah. Tapi yang memelikkan ana adalah kenapa isu yang telah berdekad-dekad wujud ini, kini baru seluruh jaringan umat Islam ingin sensitif terhadapnya. Kenapa tidak dari dahulu lagi Turki melaungkan amaran kepada Israel supaya membebaskan umat Islam. Kenapa tidak dari dahulu lagi kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh dalam misi bantuan ke Palestin. Cuma ana berharap agar tindakan kerajaan Malaysia yang mencela tindakan Yahudi itu di dalam Dewan Negara, bukanlah hanya propaganda politik. Andaikata itu adalah propaganda politik, maka ia hanyalah bersifat sementara. Kerana apabila isu ini mula sejuk di minda rakyat, maka kerajaan tidak pandang lagi isu ini. Hanya satu peringatan yang hendak disampaikan, ini adalah isu aqidah, dan bukan isu kemanusiaan sahaja. Andaikata kita mengaku diri ini Islam, maka sensitiflah terhadap isu Palestin. Di kesempatan ini juga, saya ingin menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh segelintir rakan yang bertanya kepada saya. Kenapa di dalam poster-poster Palestin hanya menulis perkataan Gaza dan bagaimana pula Tebing Barat? Jawapannya, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan di Palestin, mereka akan memahami bahawa kawasan yang dikepung oleh rejim Zionis laknatullah itu hanya di kawasan Gaza.

Kerana di kawasan Gaza adalah dikuasai oleh tentera Hamas yang sememang tentera sebenar Islam. Tetapi di Tebing Barat pula dikuasai oleh parti Fatah pimpinan Mahmoud Abbas yang sememangnya pro kepada Israel. Israel tidak pernah takut kepada Fatah, tetapi mereka takut kepada pasukan Hamas yang mempunyai semangat Jihad yang tinggi. Pilihanraya Palestin yang terkini telah menunjukkan Hamas menang besar dalam perjuangan mereka untuk membentuk sebuah kerajaan Palestin yang benar-benar benci kepada Israel. Kerana mereka memahami bahawa termaktub dalam Perlembagaan Amerika Syarikat bahawa Palestin adalah hak Israel secara ABADI. Ini menunjukkan hanya Peperangan sahaja satu-satunya jalan pembebasan Palestin. Semangat Hamas inilah yang menyebabkan Israel takut dan telah menangkap ahli-ahli Parlimen Hamas sehingga lumpuh kerajaan Hamas. Jangan sekali-kali kita percaya terhadap perbincangan yang diadakan oleh Mahmoud Abbas dan kerajaan Haram Israel mahupun kerajaan Amerika Durjana. Kerana ini semua hanyalah agenda Yahudi untuk menipu satu dunia. Lantaran itu, kita selaku ummah seagama, seAllah, seRasul dan seAqidah, ayuhlah kita berdoa dan melakukan solat Hajat untuk rakyat Palestin. Bangunlah kita pada malam hari untuk berdoa kepada Allah Rabbul Alamin.

Wednesday, May 26, 2010

Kenangan Di SK Raja Muda Musa

Semasa Kem Bestari Solat
bersama pelajar tahun tiga
Aiman, 2 Cerdas
hahaha. murid yang selalu kena usik ngan ana
liyana dan syed muqridz, 2 Cerdas



macam2 rupe ada semasa main bola baling,
baling atas palang je keje nyer



Nasril Asyraf, 3 Cerdas yang berlagak macho.

Mungkin ini hanya sebahgian memorabilia yang dapat ana uploadkan. Mana2 individu yang tidak tersenarai, harap maaf. Mungkin di lain masa.





Pengalaman, Cikgu Terbaik

Kali ini adalah kali pertama ana ingin menceritakan sesuatu yang berkaitan kehidupan peribadi. Niat asal blog ini hanyalah untuk menulis artikel-artikel yang berinformasi agar dapat membantu pemikiran ummah ke arah yang lebih maju tingkatnya. PENGALAMAN!!! Sesuatu yang amat berharga nilainya. Malah lebih bernilai daripada sebutir emas mahupun berlian terhadap seorang wanita yang menyanjungi kecantikan zahir.


5 April 2010

Ana menerima sebuah panggilan yang menawarkan kepada ana untuk menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah. Satu panggilan yang amat mengejutkan. Terlintas terus di fikiran untuk menolak terus tawaran tersebut. Tapi ana meminta masa untuk berfikir. Selepas berbincang bersama ayah, emak dan kakak, ana mengambil keputusan setuju. Selepas ana menelefon semula untuk menzahirkan persetujuan, mereka menawarkan kepada saya untuk mengajar dis sekolah rendah pula. Ana terus bersetuju juga. Semuanya atas dasar sebagai latihan untuk menjadi da'ie serta sebagai sumbangan untuk anak bangsa. Tiada terniat mengenai gaji yang akan diterima. Semua itu berserah kepada Allah s.w.t.


6 April 2010

Ana melaporkan diri sebagai guru ganti di SK Raja Muda Musa. Ana akan berkhidmat di sini selama dua bulan. Hari pertama masuk kelas, berdepan dengan murid-murid yang pelbagai ragam dan sememangnya memeningkan kepala. Tapi biarlah, sememangnya ragam kanak-kanak sebegitu. Terpikir adakah keadaan aku ketika aku di sekolah rendah dahulu seperti ini? Hari ini hanya pengenalan mengenai suasana sekolah dan kelas.


7 April 2010- 26 Mei 2010

Hari-hari setrusnya ana semakin mengnali para murid dan mengetahui serba-sedikit latar belakang dan sikap mereka. Ada yang bagus, ada juga yang kurang bagus. Secara tak langsung ini semua memberi gambaran mengenai kehidupan dan permikiran masyarakat yang berbeza status sosial dan juga ekonomi. Ada sesetengah murid yang sebenarnya memerlukan kasih-sayang dalam diri mereka. Mereka tidak lagi sanggup untuk dihendik mahupun dipukul. Keadaan tertekan di rumah kadang-kadang mereka lepaskan di sekolah. Terasa bertuahnya kehidupanku yang cukup serba-serbi. Alhamdulillah. Murid-murid ini ana anggap mereka sebagai adik-adik ana sahaja kerana umur mereka hampir sama dengan adik ana sendiri. Dalam kehidupan kita bersama keluarga pun, sudah tentu kita lebih rapat dengan kakak, abang atau adik berbanding ibu dan ayah. Hal ini kerana permikiran dan kehidupan yang hampir selari dengan kita. Itulah yang terjadi antara ana dan murid-murid ana. Mula-mula ana lapor diri sebagai guru ganti, ayah ana berpesan janganlah marah kepada para pelajar. Kerana mereka memerlukan kita dan sebagai penarik mereka untuk sentiasa hadir ke sekolah. Itu prinsip yang sentiasa ana amalkan sepanjang bekerja. Tapi perasaan sayang ana kepada murid-murid mungkin hanya sementara. Kerana tempoh ana bekerja hanyalah dua bulan. Mahu tidak mahu terpaksa juga berpisah kerana ana masih perlu untuk menuntut ilmu yang lebih banyak. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas malah tidak cukup 7 lautan sebagai dakwat pena untuk menulis segala ilmu Allah. Minggu terakhir ana di sekolah ini adalah minggu paling sedih dalam hidup ana. Ana berharap agar memorabilia ana bersama adik-adik ana ini akan kunjung tiba kembali suatu hari nanti, walaupun berbeza tempat mahupun masa. Ana mendoakan agar kehidupan adik-adik ini akan sentiasa berada dibawah naungan rahmat dan hidayahMu,Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.