Wednesday, May 26, 2010

Pengalaman, Cikgu Terbaik

Kali ini adalah kali pertama ana ingin menceritakan sesuatu yang berkaitan kehidupan peribadi. Niat asal blog ini hanyalah untuk menulis artikel-artikel yang berinformasi agar dapat membantu pemikiran ummah ke arah yang lebih maju tingkatnya. PENGALAMAN!!! Sesuatu yang amat berharga nilainya. Malah lebih bernilai daripada sebutir emas mahupun berlian terhadap seorang wanita yang menyanjungi kecantikan zahir.


5 April 2010

Ana menerima sebuah panggilan yang menawarkan kepada ana untuk menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah. Satu panggilan yang amat mengejutkan. Terlintas terus di fikiran untuk menolak terus tawaran tersebut. Tapi ana meminta masa untuk berfikir. Selepas berbincang bersama ayah, emak dan kakak, ana mengambil keputusan setuju. Selepas ana menelefon semula untuk menzahirkan persetujuan, mereka menawarkan kepada saya untuk mengajar dis sekolah rendah pula. Ana terus bersetuju juga. Semuanya atas dasar sebagai latihan untuk menjadi da'ie serta sebagai sumbangan untuk anak bangsa. Tiada terniat mengenai gaji yang akan diterima. Semua itu berserah kepada Allah s.w.t.


6 April 2010

Ana melaporkan diri sebagai guru ganti di SK Raja Muda Musa. Ana akan berkhidmat di sini selama dua bulan. Hari pertama masuk kelas, berdepan dengan murid-murid yang pelbagai ragam dan sememangnya memeningkan kepala. Tapi biarlah, sememangnya ragam kanak-kanak sebegitu. Terpikir adakah keadaan aku ketika aku di sekolah rendah dahulu seperti ini? Hari ini hanya pengenalan mengenai suasana sekolah dan kelas.


7 April 2010- 26 Mei 2010

Hari-hari setrusnya ana semakin mengnali para murid dan mengetahui serba-sedikit latar belakang dan sikap mereka. Ada yang bagus, ada juga yang kurang bagus. Secara tak langsung ini semua memberi gambaran mengenai kehidupan dan permikiran masyarakat yang berbeza status sosial dan juga ekonomi. Ada sesetengah murid yang sebenarnya memerlukan kasih-sayang dalam diri mereka. Mereka tidak lagi sanggup untuk dihendik mahupun dipukul. Keadaan tertekan di rumah kadang-kadang mereka lepaskan di sekolah. Terasa bertuahnya kehidupanku yang cukup serba-serbi. Alhamdulillah. Murid-murid ini ana anggap mereka sebagai adik-adik ana sahaja kerana umur mereka hampir sama dengan adik ana sendiri. Dalam kehidupan kita bersama keluarga pun, sudah tentu kita lebih rapat dengan kakak, abang atau adik berbanding ibu dan ayah. Hal ini kerana permikiran dan kehidupan yang hampir selari dengan kita. Itulah yang terjadi antara ana dan murid-murid ana. Mula-mula ana lapor diri sebagai guru ganti, ayah ana berpesan janganlah marah kepada para pelajar. Kerana mereka memerlukan kita dan sebagai penarik mereka untuk sentiasa hadir ke sekolah. Itu prinsip yang sentiasa ana amalkan sepanjang bekerja. Tapi perasaan sayang ana kepada murid-murid mungkin hanya sementara. Kerana tempoh ana bekerja hanyalah dua bulan. Mahu tidak mahu terpaksa juga berpisah kerana ana masih perlu untuk menuntut ilmu yang lebih banyak. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas malah tidak cukup 7 lautan sebagai dakwat pena untuk menulis segala ilmu Allah. Minggu terakhir ana di sekolah ini adalah minggu paling sedih dalam hidup ana. Ana berharap agar memorabilia ana bersama adik-adik ana ini akan kunjung tiba kembali suatu hari nanti, walaupun berbeza tempat mahupun masa. Ana mendoakan agar kehidupan adik-adik ini akan sentiasa berada dibawah naungan rahmat dan hidayahMu,Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment