Thursday, October 14, 2010
Adakah Umat Islam sahaja Muslim?
Komentar ana kali ini mungkin ringkas sahaja. Cuma nak berkongsi apa yang dibaca dan meng'update' blog ni. Bagi tajuk post kali yang sekaligus merupakan soalan, jawapannya tidak. Apabila kita kembali semula kepada definisi Islam, secara pandang sisinya sememangnya tidak. Islam yang bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah yang Maha Pemerintah dan laranganNya tanpa bantahan. Dinamakan agama kita ini Islam kerana ajarannya yang mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah. Manakala maksud MUSLIM pula adalah individu yang Islam, yakni individu yang tunduk dan patuh kepada perintah Yang Maha Pemerintah. Jika dilihat secara zahir, maksud kedua-dua perkataan ini, jelaslah hanya insan yang beragama Islam sahaja Muslim. Tetapi apabila dikaji dari aspek yang lebih mendalam, maka jawapannya tidak. Kita kena ingat bahawa Matahari, bulan, dan bintang-bintang juga Muslim kerana mereka melakukan peredaran hanya di landasan mereka yang telah ditetapkan oleh Maha Pemerintah tanpa tergelincir sesimpul rambut pun. Sama juga seperti haiwan dan pokok-pokok yang hanya hidup berdasarkan wahyu dari ALLAH. Bahkan manusia yang tidak mengenali Tuhannya dan menafikan kewujudanNya ataupun manusia yang bertuhankan selain dari ALLAH juga seorang yang Muslim dari segi fitrah yang telah difitrahkan kepada mereka. Hal ini kerana mereka patuh kepada waktu hidup dan juga mati yang telah ditetapkan kepada mereka. Sama juga seperti anggota tubuh yang sememangnya menganut agama Islam walaupun tuannya Kafir. Hal ini kerana dia membesar hanyalah setelah mendapat arahan dari Allah. Ana berkongsi maklumat ini hanya sebagai bekalan ilmu untuk kita kongsikan sesama umat Islam atau yang kafir zahirnya. Syukran ala kulliha.....
Subscribe to:
Posts (Atom)