Sunday, March 14, 2021

PENTERNAKAN, CINCIN TUNANG, KELAHIRAN ANAKANDA SAFIYYA DAN SIMPANAN CARA ORANG KAMPUNG

Di luar bandar, kita akan terbiasa melihat warga-warga kampung bertani dan berternak. Ramainya berkonsepkan sara diri semata-mata. Bertani dan berternak untuk kegunaan sendiri. Ada juga ke arah perniagaan.


Biasanya penternakan dibuat secara 'part time' dan bukannya kerjaya utama. Paginya berkebun atau bergetah. Setelah penat dikebun barulah menguruskan ternakan. 


Bermula dari jumlah yg kecil hinggalah membiak dengan jayanya. Sumber makanan fokus pd tumbuhan hijau di sekitar kandang. Makanan konsetrat jarang-jarang sekali diberi. Modal diminimumkan sekecil boleh. Nampak tidak berduit secara zahirnya. Tetapi apabila dinilai ternakan atas kandang mencecah puluhan ribu. Inilah contoh simpanan aktif kalau dalam bahasa moden. 


Akhirnya ternakan ini dijual ketika diperlukan. Cth ketika nak membeli keperluan sekolah anak, nak kenduri atau ahli keluarga sakit. 


Pengalaman peribadi, cincin tunang saya adalah hasil jualan seekor kambing jantan dan harganya 'ngam' harga seekor kambing. Bayaran hospital kelahiran anakanda saya juga adalah hasil jualan kambing yang sempat dijual sehari sebelum kelahirannya. Terima kasih Bulan Bintang Al-Haddad tlg sembelihkan masa ini . Beginilah cara saya menyimpan. 


Inilah sebab saya sayang pada dunia ternakan ini. Walaupun bermula dari 4 ekor kambing hadiah dari ayahanda Mior Abdul Rahman dan bonda Zaiton Laliah setelah tamat pengajian diploma. Dengan kandang yg dibuat dalam 2hari sahaja. Teknologi kandang mmg 'rare'. Berbumbung tapi masa hujan air masuk kandang. Jurutera dia memang first class. Huhuhu. Akhirnya kini, 'tiba2' terlibat bisnes berkaitan kambing dan membawa kepada bisnes2 lain. 


Nasihat buat kawan-kawan yang rasa nak berternak, cubalah, jangan gentar. Mulakan dengan kuantiti sedikit sehingga kalian yakin untuk dikembangkan.


Kini, setelah 6 tahun, ternakan saya tidaklah begitu banyak. Tapi itulah sahaja simpanan saya. 


Terima kasih kalian yang sentiasa menyokong dan membantu saya.