“Assalamualaikum,
mak, ayah”. Kataku pada mak ayah sambil kaki sedang melangkah menaiki kereta
ketika ayah dan mak menjemputku di Stesen Bas Kuala Kangsar ketika cuti minggu
lalu.
Menjemput
aku apabila aku pulang ke kampung dengan menaiki bas adalah rutin mak dan ayah.
Pernah sekali aku cuba menyembunyikan kepulanganku ke kampung. Dengan niat
supaya aku berjaya untuk menaiki bas lain terus ke kampung. Tapi, perancangan
Allah itu lebih baik, sekonyong-konyong ketika di dalam bas, ketika perjalanan
berbaki satu jam, mak aku telah menelefon aku. Sebaik sahaja berbola mata
melihat panggilan masuk daripada ‘Emak’, otak terus pantas memproses supaya
mencari helah untuk memberitahu keberadaanku, tetapi niat kembali utk tidak
memberi helah. Sampai sahaja di stesen bas, raut suci muka emak sudah
terpampang dihadapanku dengan seraut senyum yang menenangkan. Lantas aku
membalas senyuman mak dengan sedikit gelak tawa. Lucu apabila, perancangan yang
hampir berjaya, gagal akhirnya. Itulah hebatnya naluri seorang ibu.
Ketika di
dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika itu jam menunjukkan pukul 4.00pagi.
Keadaan begitu sunyi lagi sepi. Ayah telah dalam pemanduannya, walaupun aku
pasti ayah sebenarnya letih dan mengantuk. Ketika suasana sunyi itu, tiba-tiba
ibuku bertanya untuk memecahkan kesunyian.
“Faris,
balik ni berapa lama?, bila balik sana”
“Aik, baru
sampai je, mak dah tanya balik bila? Macam…..” Balas aku dengan sengaja tidak
menghabiskan ayat akhirnya. Aku pasti mak mengerti.
“Eh,
xdelah. Kalau boleh mak xnak pun kamu balik sana dah, ini kata cuti sebulan,
tapi dengo kabo macam sekejap sangat baliknya” ibuku membalas.
“Maaflah
mak, kewajipan anak mak untuk membantu masyarakat.” Aku cuba untuk memberi
alasan. Walaupun aku merasakan alasan ini tidak cukup kuat.
“Ermm, yela,
membantu mak bukan kewajipan ke?” emakku cuba menguji aku.
“Ya,
kewajipan juga.” Aku menjwab soalan emak dgn nada yang agak sayu. Bukan sedih.
Kecewa. Itulah perasaan yang membadai jiwaku tika itu. Memang benar apa kata
emak. Membantu emak dan ayah adalah kewajipan. Tapi aku yang sentiasa salah
dalam tindak-tandukku. Dek kerana ketaksuban diri yang keterlaluan, aku lupa
pada tanggungjawabku yang lain. Mata hati mula menjadi buta menilai dan
memahami ilmu.
***
“Faris, nak
ikut mak ngan ayah ke kebun ke?” Ibuku mempelawaku ketika dia ingin bersiap ke
kebun.
Kebun
bukanlah sesuatu yang asing dalam keluargaku. Pantang ada kelapangan walaupun
seketika cuma, pasti kami akan menjenguk kebun-kebun yang ada. Ada yang meriah
dengan hasil tanamannya, ada juga yang meriah dengan semak samunnya. Itulah,
cita-cita melangit, tapi tenaga sekerat.
Pagi itu
aku meraikan pelawaan ibu untuk ikut bersama ke kebun. Destinasinya aku sudah
pasti kebun yang mana dan apa kerja yang perlu dilakukan. Kerana itulah antara
tujuan aku pulang ke kampung seketika. Menjadi anak kampung menyebabkan kami
begitu menghargai sumbangan dan peranan kebun.
“Kamu
pernah sampai tak tanah Pak Cik Daud kat seberang sana.” Ibu bertanya sambil
mulut menunjuk kepada arah kebun tersebut.
“Kalo tak
silap, last sekali pergi sana masa tingkatan 2 dahulu,” balasku.
“Kena jual
dah kebun tu baru ni, tapi bukan Pak Cik Daud la yang jualkannya, anaknya yang
sulong tu jualkan.” Ayahku menyampuk secara tiba-tiba setelah menyepi sepanjang
perjalanan kami ke kebun.
Aku diam.
Otakku mula membawa daya pemikiranku teringat kepada novel karya Aminah Mokhtar yang bertajuk Seteguh
Fikrah Saleha. Novel tersebut mencerita bagaimana nasib sebuah keluarga yang
dahulu moyang mereka adalah jutawan hartanah yang dihormati oleh bangsa lain,
tetapi kini keturunan mereka telah merempat di bumi sendiri. Puncanya dek
kerana sikap mereka yang rakus untuk menjadi kaya dengan sekelip mata.
Akhirnya, muncullah Saleha yang mewarisi semangat datuk moyang mereka dan
berusaha untuk mengutip semula hak mereka yang dijual oleh sepupu-sepupunya.
Aku
bukannya ingin menjadi seperti watak Saleha dalam novel tersebut. Cuma, sedih
apabila mengenangkan nasib sebuah bangsa. Sebuah bangsa yang tidak mustahil
akan hilang tempat berteduh. Sebuah bangsa yang nenek moyang mereka dahulu adalah
pemilik mutlak tanah besar melayu ini. Tetapi kini, satu persatu ruang tanah
ini telah diambil oleh bangsa pendatang. Bangsa yang sebelum ini hanya bersifat
penumpang di bumi damai ini, kini, merakalah tuan kepada separuh bumi damai
ini.
Aku juga bukanlah
perjuang kebangsaan yang berfikrah nasionalisma semata-mata. Tapi kecewa, sedih
dan marah melihat bangsa sendiri yang pentingnya seagama denganku merempat
seolah-olah kehidupan tidak lagi milik mereka. Seolah-olah tanah di bumi damai
ini bukan Tuhan mereka yang punya. Bangsaku sudah berabad ditaklif secara tidak
sengaja oleh masyarakat umum sebagai public figure kepada Islam. Tapia pa yang
berlaku?. Jahil. Mungkin itu sebabnya mereka tidak sedar dengan kehormatan yang
diberi. Bangga diri. Juga faktor mereka tidak sedar dengan dengan kehormatan
yang diberi. Mereka fikir taklifan itu diberi kerana bangsa mereka adalah
bangsa yang hebat. Bangsa yang bertamadun. Bangsa yang berprestasi tinggi. Ya.
Memang benar bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, bertamadun dan berprestasi
tinggi. Tapi mereka menjadi bangsa yang hebat, bertamadun dan berprestasi
tinggi adalah menumpang kehebatan dan kemuliaan Islam. Hebatnya bangsa Melayu
adalah kerana Islam. Agama yang menjaga bangsa. Bukannya bangsa yang menjaga agama.
“Kesiankan
pada pak cik Daud, mak.” Kataku kepada emak.
“Kenapa
kamu kata macam tu?” tanya emakku.
“Betul la.
Susah payah pak cik Daud menjaga amanah nenek moyang dia mewarisi tanah subur
itu, tapi apabila sampai kepada anak-anak yang tak pernah kenal jerih-perih
nenek moyang meneroka dahulu, tiba-tiba dilepaskan begitu sahaja. Siapa tahu
masa teroka tanah itu dahulu ada yang sampai korban nyawa.”
“Siapa yang
beli tanah tu emak?” tanyaku.
“Dengar
khabarnya Ah Soi, tauke bengkel kerete kat Kuala tu.”
“Hah. Betul
ke? Cina yang beli? Itu bukan kawasan orang Melayu ke?”
“Ya. Memang
tu kampung Melayu pun.”
“Kalo ye
pun nak jual, janganlah sampai hilang harta bangsa sendiri. Orang dulu-dulu
usahakan berpuluh-puluh ekar tanah, supaya sampai kepada anak cucunya dapat
dimanfaatkan dan diperluaskan lagi. Tapi, apa yang tinggal sekarang? Makin
kecil luasnya ada lah. Kita suka sangat jual tanah yang berekar-ekar dikampung
untuk mendapatkan tanah yang sejengkal di bandar.” Aku berhujah dengan sedikit
emosi.
“ Cina memanglah
nak beli tanah orang Melayu ni. Sebab mereka sedar yang mereka perlu kuasai
ekonomi supaya mereka mendapat kemuliaan dan kehormatan. Tapi bangsa kita yang
sudah ada kemuliaan dan kekuatan ini, masih tak sedar diri. Semoga ketidak
sedaran mereka itu tidak sampai kepada tahap yang membawa mereka murtad.” Aku
menambah lagi.
“Ayah
dengar dulu ada juga orang Melayu sendiri yang nak beli tanah tu, tapi apabila
tauke Cina tu letak harga tinggi lagi, maka diterimalah tawaran cina tu.
Bezanya bukannya banyak mana pun. Lebih 3 ribu je. Dan 3 ribu tu la nilai
sebenarnya bangsa dan agama kepada anak pak cik Daud tu. Kenapa? Sebab 3 ribu
tula orang Melayu yang seagama ditolak tawarannya. Kesian. Manusia selalu
sangat kalah apabila berlawan dengan duit dan harta. Walhal, duit dan harta itu
bukannya ada keupayaan tuk berfikir atau bergerak pun. Dia lupa dia hamba
kepada Allah SWT dan bukannya hamba kepada duit dan harta.” Ayahku mencelah
dengan tenang bersama dengan sebuah konklusi yang hebat. Itulah ayahku yang ada
ketikanya diam tetapi otaknya ligat berfikir.
“Berbanyaklah
kita berdoa semoga anak-anak mak dan ayah ini tidak akan menjadi hamba duit
suatu masa kelak.” Tambah aku.
Akhirnya
kami pun sampai di kebun yang dituju. Berbeza sungguh kebun ini seusai mak dan
ayah bersusah payah untuk mengusahakannya semula. Tanah inilah yang bakal
menjadi amanah kepada kami, anak-anak mereka untuk disambungkan kepada generasi
mendatang. Waallhua’lam.