Thursday, September 22, 2011

Pemergian Yang Pasti


Jam 6.01 petang, hari Selasa, 20 September 2011, perginya seorang insan yang banyak jasa, bakti dan pengorbanannya dalam hidupku. Pemergiannya opah tersayang bukanlah sesuatu yang terlalu mengejutkan diriku. Tambahan pula melihat keadaan dirinya yang sedang sakit dan usianya yang sudah mencecah lebih 83 tahun. Memang sedih ketika melihat keadaannya ketika sakit. Mujurlah Allah tidak membiarkan hambanya ini terlantar menderita sakit untuk tempoh yang terlalu lama. Cuma aku berasa sedih kerana seingat aku tahun ini adalah tahun yang paling kurang aku bersama nenekku. Mungkin kerana nenekku yang lebih banyak tinggal bersama anak-anaknya semenjak kematian atok aku dahulu. Tambahan pula aku sendiri pun lebih banyak menghabiskan masaku di kolej daripada di kampung. Lebih menyedihkan hanya sebentar aku bercakap dgn nenekku ketika raya hari itu. Sebaik sahaja jumpa semula dirinya, nenekku sudah tidak boleh bercakap walaupun masih bernyawa. Masih terngiang-ngiang di telinga ketika opah menceritakan serba sedikit perihal kehidupannya ketika dia duduk rumah aku tahun lepas. Kebetulan waktu itu aku lama duduk di rumah selepas SPM. Sejak kematian tuk aku tahun 2009 dhulu, itulah perbualan yang pling pnjang aku ngan opah. Waktu itu opah begitu bersemngat menceritakan ttg abgnya yg meninggal dunia ketika usia muda. Sempat juga aku bertanyakan serba sedikit mengenai situasi ketika 13 Mei dahulu dan banjir besar 1969. Inilah sebahagian daripada kisah aku dan opah yang sempat dirakamkan oleh sejarah hidupku. Cerita yang lain jika ada masa insyaallah.

No comments:

Post a Comment