Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah s.a.w., para Sahabat serta semua muslimat yang berada di bawah RahmatNya. Amin. Kaum Muslimin yang budiman, semoga Allah memberi kita kebahagian dan keredhaanNya. Sesungguhnya ibadah adalah hasil daripada ilmu, faedah daripada umur, berkat usaha hamba-hamba Allah yang rajin, barang berharga daripada para Aulia', jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertakwa, bahagian untuk mereka yang mulia, tujuan daripada orang-orang yang berhemah, syiar dari golongan terhormat, perkataan orang-orang yang berani berkata jujur, pilihan orang-orang yang waspada dan merupakan jalan menuju sy urga.
Sahabat-sahabat mahasiswa sekalian, setelah kita berusaha di alam persekolahan bagi menambah kualiti diri, akhirnya tika ini Allah s.w.t telah membenarkan diri kita untuk berada di IPT dan memegang status Mahasiswa. Apabila dipanggil mahasiswa, semua mengkat diri lambang megah dengan gelaran itu. Tetapi pengisian daripada gelaran itu mungkin kosong mungkin berisi. Definisi mahasiswa Islam adalah generasi muda yang menuntut di menara gading yang turut bersosial bersama masyarakat yang beragama islam serta mempunyai pegangan yang kukuh terhadap Islam.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Kita perlu sedar bahawa bergelar status mahasisiwa bukanlah hanya suka-suka sahaja. Tetapi hidup perlu berisi dengan apa yang sesuai dengan gelaran mahasiswa. Malahan, kita juga harus menjadi waktu ini sebagai masa untuk kita mengumpul segala ilmu Allah sebanyak yang mungkin. Ilmu Allah itu sungguh luas, dan tidak cukup 7 lautan untuk menjadi dakwat pena bagi menulis segala ilmuNya. Kita perlu sedar apa-apa ilmu yang kita ada sekarang ini adalah atas keizinan dariNya. Lantaran itu, jangan lupa sesekali kita meletakkan qasad diri ini belajar kerana perintahNya. Fenomena belajar kerana duniawi ini sebenarnya telah disebut oleh Imam al-Ghazali sejak dahulu lagi. Dan hari terbukti ianya benar-benar terjadi. Mahasiswa perlu berani bangkit kerana mereka inilah satu-satunya kelompok manusia yang bebas. Mahasiswa perlu bersedia menghadapi segala cabaran yang datang. Kerana masalah yang perlu diselesaikan adalah berbeza setiap masa.
Mungkin kita masih ingat dengan Demonstrasi Baling yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim yang semasa itu bergelar mahasiswa. Lantaran dari peristiwa itulah, dasar-dasar negara masa kini ada yang mengutamakan rakyat, contohnya adalah FELDA. Presiden Indonesia juga ada berkata bahawa "berilah aku sepuluh orang pemuda, maka akan aku goncang dunia ini". Jelaslah kita berdasarkan sejarah-sejarah lampau ini yang telah membuktikan mahasiswa ini berkemampuan. Mahasiswa masa kini pula perlulah mencipta sejarah yang tersendiri yang dapat dimanfaatkan generasi akan datang.
Syeikh Solah pernah berkata,Cabaran paling utama dalam kehidupan mahasiswa adalah Iman. Kerana iman adalah benih kepada hati, yakni daging yang Rasulullah s.a.w sabda, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh badan. Jika rosak daging itu, maka rosaklah badan kita. Peristiwa-peristiwa masa kini kebnyakannya telah memalukan status mahasiswa itu. Di mana semua peristiwa ini tidak patut berlaku kepada mahasiswa mahupun mahasiswi.
No comments:
Post a Comment