Coretan seorang pemimpin kecil.
Bukanlah semudah yang disangka. Tahun 2011 ini memberi aku satu lagi peluang untuk menerima satu amanah yang agak besar. Tapi tidaklah sebesar Perdana Menteri. Era 2011 ini memang penuh dengan kejutan. Tidak pernah terlintas langsung di fikiranku aku akan menjadi salah seorang majlis syura persatuan mahasiswa di KIAS ni. Mula2 aku masuk ke KIAS ini, aku melihat seorang Presiden yang cukup hebat. Aku cukup kagum dengan tahap ilmu dan sikap dia. Sepanjang aku berada di sekolah dahulu pn aku x pernah melihat pemimpin yg sebaik ini. Pengetahuan yang cukup hebat, lidah yang senang bertutur dalam bahasa arab, sikap yang mudah mesra dan juga seorang yang berlapang dada menyebabkan aku mengkagumi beliau. Kadang-kadang aku menangisi diri sendiri, layakkah aku menjadi seorang bekas pelajar SMKA? Sebab apabila melihat latar belakang dirinya, dia bukan lahir dari sebuah sekolah kluster, apatah lagi sekolah berprestati tinggi.Tapi kualiti yang ditunjukkan menandingi semua sekolah itu. Dia hanya berasal dari sebuah sekolah swasta yang tidak mewah mana, malah mengalami masalah kewangan yang teruk berbanding sekolah kerajaan. Gurunya bukanlah seorang yang mempunyai kelayakkan yang terlalu tinggi, tpi dia telah membuktikan bahawa anak sebuah sekolah agama rakyat bukanlah calang2 manusia.Kalau dlu Dr. M pernah menuduh Sekolah agama rakyat melahirkan penganas, ya, mmg btul. Sekolah agama rakyat telah berjaya dengan gemilangnya melahirkan ribuan penganas yang akan menganas di bumi sendiri, agar runtuhnya sebuah kerajaan yang jahanam. Revolusi Tunisia dan Mesir telah membuktikan kesannya, nantilah kamu wahai Malaysia.
Beralih semula ke cerita pemimpin kecil ini.Selepas sahaja beberapa pulang dari cuti semester break,saya diminta oleh bekas kepimpinan lama melalui telefonnya supaya saya bertanding dalam pilihanraya kampus bg bahagian jawatankuasa tindakan kolej kediaman. Selepas memikirkan seketika, saya bersetuju kerana jawatan yang saya bertanding itu bukan susah mana. Kerana niat asal aku ke kolej ini hanyalah untuk belajar dan bersukan. Tpi memikirkan hajat orang lain, aku bersetuju. Selepas sahaja selesai sesi pengenalan calon, aku mendapat sokongan yang padu dari muslimin,seolah-olah merasakan kemenangan itu ada. Tapi takdir Allah telah membuktikan segala-gala yang aku telah kalah. Undi aku hanyalah 155, sama pula dengan undi kawan aku yg aku pilih dia tuk bertanding dgn aku sekali. Kami dua2 kalah. Seusai itu aku mula gusar memikirkan, bagaimana dengan persatuan mahasiswa pula? Asalnya aku memang benci dengan persatuan mahasiswa ini. aku yang tengah xde ap2 jwtn ni, mesti akan diserapkan ke dalam persatuan mahasiswa(PM. Aku bercdg tuk mengeraskan hati ini agar menolak tawaran ap2 jawatan nnti. Setelah hampir dengan hari penamaan calon utk semua kerusi PM, tiba2 mantan presiden dtg berjumpa aku untuk mencalonkan aku bagi kerusi syura PM. oleh kerana yang jumpa tu presiden yg aku kaguni sendiri, aku punya niat asal menjadi cair sedikit. Aku mula keliru tuk memikirkannya. Tgh2 aku pikirkannya,aku terpandang satu poster yang bertulis "Persatuan Anda, Tanggungjawab Anda". Melihat kenyataan itu, aku terfikir, kalau selama ini aku hanya menjadi pengkritik, mcm mana kalo aku pula yg dikritik. Jadi, aku pn berstujulah dgn permintaan presiden itu. Bertandinglah sekali lagi aku dalam pilihanraya kampus. Setelah selesai pilihanraya, alhamdulillah ada rezeki aku di sini. Aku mng dgn majoriti tertinggi dengan undi 456 undian. Masa itu mmg seronok seketika. Tetapi apabila mulanya tugas, aku mula jadi runsing. bkan sbb ap. tp selalu sgt wat liqo waktu lpas asar. aku mmg benci btul kalo ad org ganggu aku waktu tu. Benar kata org, menjadi pemimpin ini bukan semudah yang dilihat.
Aku kena kuat ketika orang lain lemah. aku kena peka ketika org lain alpa. aku juga kena semangat ketika org lain layu. aku juga kena rajin drpd org lain. kerana aku kini bkan lg mahasiswa biasa. Aku kena memimpin para mahasiswa ke arah yang lebih baik. Semoga apa yang ditakdirkan kepada aku ini, akn memberi satu ilmu yg ckup menilai sebagai bekalan aku menghadapi masyarakat yg kritikal sekarang ini. Doa para sahabat sekalian amat aku inginkan. Kerjasama semua mahasiswa KIAS amat aku inginkan. Terima kasih sahabat-sahabatku.
No comments:
Post a Comment