Thursday, February 10, 2011

Relevankah mahasiswa semasa mendepani masyarakat kontemporari?

Era modenisasi ini telah memperlihatkan variasi masalah yang menghantui golongan mahasiswa. Golongan mahasiswa yang dikatakan golongan berpendidikan dan mempunyai akal fikiran yang sihat ini, kini menjadi antara penyumbang utama kepada gejala sosial di Malaysia ini. Jadi masih relevankah mahasiswa marcapada menjadi saluran untuk mendepani masyarakat?

Keadaan semasa telah memaparkan kepada kita keadaan mahasiswa masa kini yang semakin ketara kritikalnya. Hattakan mahasiswa yang memiliki reputasi yang tinggi di kampus masing-masing juga terlibat dengan kancah-kancah sosial. Dimanakah mahasiswa-mahasiswa yang sebelum ini kita canangkan di seluruh pelosok alam ini bahawa merekalah penjana transformasi masyarakat ke arah yang lebih baik. Tapi, semakin ramai produk-produk mahasiswa yang dilahirkan universiti-universiti tempatan, semakin meningkat juga kadar gejala sosial di negara ini. Adakah kita mahu sehingga seluruh rakyat di negara ini menjadi mahasiswa? Masih tetap juga tiada jaminan gejala sosial akan menjadi angka sifar. Hal ini kerana terdapat dari golongan mahasiswa yang menjadi pencetus gejala sosial dan bukan sahaja penyokong di sebalik tabir semata-mata lagi. Ramai masyarakat yang terlalu bangga dengan kejayaan anak-anak mereka ketika bergelar mahasiswa, tetapi menyumpah seranah anak-anak mereka setelah menginjak ke alam pekerjaan atau alam berkeluarga. Adakah mentaliti sebegini yang dimaksudkan sebagai mentaliti mahasiswa? Tambahan pula kita asyik mendgr berita-berita masalah sosial mahasiswa di dada akhbar.

Mungkin ramai yang memberi alasan bahawa mahasiswa tempatan sahaja yang memiliki mentaliti mentah tersebut. Tetapi apabila kita melihat semula ke alam realiti, majoriti mahasiswa yang berkelulusan luar negara juga terlibat dengan masalah ini. Malah merekalah penyebar utama budaya kuning dari barat yang menjadi punca beberapa masalah utama di negara kita yang berbudaya timur ini. Kehidupan seks bebas yang menjadi sebahagian dr budaya barat telah mula menyusuk msuk kedalam masyarakat kita melalui mahasiswa yang belajar di luar negara.

Konklusinya, ada sesuatu yang perlu dilakukan agar darjat seorang mahsiswa itu dapat kembali kepada tempatnya. Bukan sahaja sebagai masyarakat, malahan sebagai mahasiswa itu sendiri juga harus memperbaiki diri mereka sendiri. Wahai semua mahasiswa-mahasiswa Islam ada adalah bakal-bakal perjuang agama Allah ini, jadi ada perlu melakukan satu anjakan paradigma ke arah yang lebih bertamadun seterusnya mengangkat martabat Islam semula.

No comments:

Post a Comment