Tuesday, November 8, 2011

Apa yg aku belajar dari IPTIM?????



Setiap orang pasti mempunyai kenangan tersendiri yg kadang2 melucukan atau menyedihkan. Skrg ni aku share skit ngan semua member2 aku ttg ap yg berlaku ketika IPTIM bru2 ni. terutamanya team aku la, volleyball team (VT). hu3. Sori hilal asyraf pinjam nama novel anta. Mmg semua pergi ke Iptim dgn tujuan utk mnang. Dgn tujuan untuk merasai nila kemenangan yg pertama. Ini first big tournament yg kami join. Sbb team ni pn adkh adlh team bru yg dirombak pada saat akhir. Rombakan saat2 akhir ni mmg akan mengundang byk kelemahan la. Tpi btw aku ttp mmbiarkan kelemahan2 itu agar ia tidak akan meruntuhkan kelebihan yang ada. tpi aku silap. aku lupa dgn perpatah yg mengatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Samapi shja kami kt sana mmg aku xajak team kami training trus. Byangkan la semua komfem tgh ltih selepas mengharungi 18 jam didalam bas yg panas. Kami bertolak dri kolej jam 11.00 mlm dan smpai di UIA PJ pkul 5 ptg. Rsnya btullah kiraan aku 18 jam. tp xpastilah kot2 slah juga. smpai ptg tu trus amik elaun dn naik bilik utk merasai nikmat baring atas katil stelah puas baring atas kusyen bas. jam 6 ptg kami trun court jap tuk tgk2 size court strusnya tgk team sepak takraw training. dalam masa yg sama juga kami jerling2 la team KUIM atau KUIS kot tgh training kt court bola tmpar. sambil melihat kekuatan team dorang. Prinsip aku mmg aku xnk tunjuk lgsg permaianan team aku pd org lain. Tpi nk wat mcm mana dh team aku semua xsetuju. Masa ni mulalah ada sikit masalah dlm team aku. Esok pgi nya game xmula lg. So, pagi2 hari lgi kami dh training tuk sesuaikan diri dgn court. Dan waktu inilah yg pling aku xsangka rupa2nya masalah yg aku fkir dh selesai rupa2nya akn meletup, meletus dan juga menyakitkan hati. Boleh pula semua nk keluarkan ketidak puas hatian mereka waktu ni. Masa kt kolej semua senyap plak. Serius aku ckp rupa2nya team work dan disiplin team aku masih zeroooooooo....... Nasib baik lah aku ni bukan jenis hot temper punya laki. So, tgh bising2 gaduh tu aku pn trus stopkan training pgi tu dan minta semua ahli team aku utk duduk sama2 dan ckp elok2 ap masalah sebnarnya. Takkan dtg jauh2 just tuk bertengkar shja. Nasib baik aritu xde game lagi. Akhirnya pgi tu juga masalah tersebut boleh diredakan. Selesai tu aku xpastila. Tp rasanya tak. sesuatu yg aku belajar dri sini ialah betapa pentingnya ukhwah islamiyyah itu diamalkan bersama2 ngan semangat kesukanan. Satu lgi point yg menyokong bhwa sukan tidak boleh dipisahkan dgn agama. Hope sgt semua team aku bleh fkir ttg ini. Korg semua dh besar.

Ttg game pula, team pertama yg kami lawan adlh team KUIN dari kedah. Perlawanan pertama utk hari yg pertama pulak tu. Resultnya team aku kalah TERUK dibelasah oleh KUIN. Aku rs bkan lagi truk, tapi teramat sgt truk. Sehingga mata tertinggi yg kami perolehi hanya 10-25 tu pn waktu set 3. Slpas game ni brulah aku nmpak kelemahan2 yang timbul dlm team aku. sehingga menyebabkan aku terpaksa mengubah secara keseluruhan posisi permain. Ada jgak permain utama yg tidak menjadi. hasil dri perubahan yg dibuat dan pertukaran strategi yg dilakukan, kami mng juga pada game kedua sewaktu bertemu dgn KUIM setrusnya melayakkan kami utk melangkah ke separuh akhir. melangkah ke separuh akhir sudah ckup memberi kepuasan dlm diri ini bahawa team bola tmpar jgak mampu memberi cabaran dan harapan. Apabila layaknya ke perlawanan separuh akhir, mmg ad beberapa perkara yg mmg mengundang kemarahan aku. Antaranya apabila permain simpanan mula bising apabila tak dimasukkan, sikap permain yg majoritinya buat kepala sendiri, pegawai yg mula nk sibuk2 masuk cmpur urusan team aku (padahal kt kolej, sorg pn xde tgk kami training atau tanya apa masalah kami), dan waktu ni juga bru ak tau bhwa ada sorg player aku yg niat msuk bola tmpar sbb nk jumpa gewe je. Ini yg pling menyakitkan hati aku. Ptut pun wak2 training skjap turun, skjap tak. Akhirnya waktu semi final aku buat keputusan utk trunkan semua permain simpanan. Lantaklah pengawai dan bising ke apa. Biar aku yg menjawabnya. Resultnya mmg seperti yang dijangka team aku kalah dgn tuan rumah, CFSIIUM. Esoknya waktu penentuan tempat ketiga kami berjumpa dgn KUIN semula dan semestinyalah team aku main hanya seperti training. Akhirnya kami hanya berada di tmpy ke 4. Tahniah buat para pemenang, umumnya CFSIIUM yg menjadi johan dan khasnya buat kawan skolah aku, Mone yang main tuk CFS jugak. Setelah habis semua game, aku membuat beberapa analisis kelemahan team aku. Hasilnya ialah aku mendapati ketiadaan jurulatih adlh mslh pling utama. Ini krn ia menyebabkan team aku mempunyai masalah komunikasi sesama player, ketinggalan dgn undang2 terkini bola tmpar, dan tiada perancangan yg khusus apabila bertemu dgn mana2 team. Satu lgi, semua permain bersikap keras kepala krna mereka tiada individu yg dihormati atau didgri kata2nya. Dan masalah dari permain sendiri adalah mereka tak berdisiplin dan tiada semangat utk menang. Tahniah pada team sepak takram yang menjadi johan dan juga pasukan bola sepak yang mendpat tmpat ketiga. (Psssst: dua2 team ni shja yg ad coach, jdi xpelik kalo mereka mng, cuma kena plik kenapa mereka xjohan ok? ) hua333333.

Tuesday, October 4, 2011

BolA TaMpar dan keHiDupaN KaMpUs


Selamat malam atau pagi atau petang kepada semua pembaca post aku ni. terpulang la waktu bila korg bca post ni. skrg ni aku tgh taip waktu malam. Kembali kepda tujuan aku post benda ni malam ni sbb nk kongsi ngan kwan2 aku ttg sebahagian kehidupan kampus aku. Mmg secara umumnya kehidupan aku sbgai mahasiswa turut berubah sebagaimana berubahnya status aku dri pelajar skolah ke mahasiswa kampus. dgn dunia berpersatuannya, akitiviti hariannya, jenis sukannya, semuanya berbeza ngan zaman skolah. tetapi bg aku secara peribadi, aku msih melihat perubahan aku ini secara keseluruhannya msih dlm lingkungan yg positif. Tak pastilah ap pandagan korang semua. Hanya korg yg tahu dan amat dialu-alukan jika nk berkongsi ngan aku. Itu mlm ni aku nk kongsi sikit ttg sukan yg aku terlibat secara aktif di kolej aku ni. apa lagi kalo bukan bola tmpar. sukan ni bkanlah asing sgt bg aku. aku start main masa di tingkatan 1 lg. pastu aku main suka2 je hingga form 5. x pernah scara agresif. msa skolah aku hanya main ragbi jela. pengalaman sebgai permain ragbi ckup mengkagumkan dan xdpt nk nafikan bahawa ragbilah antara faktor yg membentuk diri ini hingga menjadi diri aku yg kini. bila masuk ke kolej, kolej aku xde sukan ragbi, jdi msa mula2 mmg la rasa bosan gak. hampir semua sukan aku cuba kat kolej aku ni. hingga last2 skali aku main bola tmpar. antara individu2 yang byk mempengaruhi minat aku dlm sukan ni adlh senior aku. kalo korg nk kenal dia cri dlm FB yg bernama Fik Manu. Gambo dia seperti yg kt atas tu. sorry bro xminta izin dlu. Atau nama pnuhnya fikri. mungkin sbb senior aku ni bdk senegeri ngan aku menyebabkan aku kamcing ngan dia. dialah antara individu yg membentuk diri ini bermula sebagai spiker dan akhirnya setter. bukan nk kata dia seorang sahaja, tp secara majoritinya mmg dia. walaupun skrg ni dia xmain lg tuk kolej, tpi dialah org yg pling kuat support aku tuk handle team volleyball kampus aku. tipulah kalo aku kata team aku xde msalah disiplin. Malah disiplin lah masalah pling utama. kadang2 mmg feed up rsanya tuk handle team ni. bygkan kalo waktu training ptg2 yg sepatutnya bermula jam 5 hanya aku ngan fik ni jela yg terpacak kt tgh2 court. mungkin itulah faktor yg menyebabkan dia byk kongsi ilmu ngan aku. bg aku bola tmpar ini sebenarnya adlah sebuah sukan yg berat, sama seperti bola sepak. majoriti org fkir volleyball hanya light game, tp realitinya totally wrong. utk menjadi seorang permain bola tmpar yg perfect, memerlukan stamina yg tinggi, kemampuan pump in yg mantap, spring kaki yg hebat, taktikal yang menarik dan byk lgilah. Nk dpt semua ini kdang2 latihannya lbih berat dri seorang permain bola sepak. dya rejam yg kosisten hanya boleh maintain spnjang perlawanan jika ada stamina yg mantap shja. Kdg2 aku fkir, utk membentuk sebuah pasukan bola tmpar yg hebat permainannya, sama sahaja susahnya kita utk mengajak manusia kpd kebaikan. Mungkin ini latihan tak langsung kpda aku sblm aku terjun ke lapangan masyarakat. Majoriti ahli sukan skrg meninggalkan agama dlm kehidupan mereka. Mereka lupa bhawa agama juga mengajar mereka menepati masa melalui surah al-asr yg majoriti kita hafal. mereka lupa bhawa sukan juga satu ibadah. persoalannya bagaimana kita nk jadikan sukan sebagai ibadah? jwapannya, jgn kita niat masuk tournament utk dapat hadiah, tapi kita kena fkir bhawa Islam itu tertinggi, jadi kita perlu ltakkan tmpatnya di kedudukan yng tertiggi. secara xlangsung org akn menilai diri permain itu. dan pada masa yg sama permain itu juga kena tonjolkan Islam yang sebenar drinya. Wallahua'lam.

Thursday, September 22, 2011

Pemergian Yang Pasti


Jam 6.01 petang, hari Selasa, 20 September 2011, perginya seorang insan yang banyak jasa, bakti dan pengorbanannya dalam hidupku. Pemergiannya opah tersayang bukanlah sesuatu yang terlalu mengejutkan diriku. Tambahan pula melihat keadaan dirinya yang sedang sakit dan usianya yang sudah mencecah lebih 83 tahun. Memang sedih ketika melihat keadaannya ketika sakit. Mujurlah Allah tidak membiarkan hambanya ini terlantar menderita sakit untuk tempoh yang terlalu lama. Cuma aku berasa sedih kerana seingat aku tahun ini adalah tahun yang paling kurang aku bersama nenekku. Mungkin kerana nenekku yang lebih banyak tinggal bersama anak-anaknya semenjak kematian atok aku dahulu. Tambahan pula aku sendiri pun lebih banyak menghabiskan masaku di kolej daripada di kampung. Lebih menyedihkan hanya sebentar aku bercakap dgn nenekku ketika raya hari itu. Sebaik sahaja jumpa semula dirinya, nenekku sudah tidak boleh bercakap walaupun masih bernyawa. Masih terngiang-ngiang di telinga ketika opah menceritakan serba sedikit perihal kehidupannya ketika dia duduk rumah aku tahun lepas. Kebetulan waktu itu aku lama duduk di rumah selepas SPM. Sejak kematian tuk aku tahun 2009 dhulu, itulah perbualan yang pling pnjang aku ngan opah. Waktu itu opah begitu bersemngat menceritakan ttg abgnya yg meninggal dunia ketika usia muda. Sempat juga aku bertanyakan serba sedikit mengenai situasi ketika 13 Mei dahulu dan banjir besar 1969. Inilah sebahagian daripada kisah aku dan opah yang sempat dirakamkan oleh sejarah hidupku. Cerita yang lain jika ada masa insyaallah.

Sunday, July 24, 2011

Aku Dan Tubuh Perjuangan

Kalau di dalam cerpen “Dia Berikan Tangannya” karya RAHMAT PURNAMA MULYA yang mengambarkan watak MULYA yang terlalu mengagumi watak Angelina Eliseo, aku juga mempunyai insan yang dikagumi. Aku tak pasti cerpen itu cerita betul atau hanya fantasi penulis. Tapi secara peribadi aku menerima cerpen itu sebagai cerita benar kerana nama watak dan nama penulisnya yang sama. Di dalam cerpen itu mengambarkan bagaimana MULYA yang amat mengagumi ANGELINA ELISIO, seorang aktivis kempen pembebasan Palestin. Jika aku berada di dalam situasi Mulya juga aku akan terkesima dengan perwatakan Angelina. Manakan tidak, Angelina yang hanya seorang gadis kacukan Itali, Perancis dan Inggeris malah beragama Kristian boleh begitu bersemangat dalam berkempen untuk membebaskan Palestin yang sudah jelas penduduknya bukan seagama mahupun sebangsa dengan dirinya. Angelina juga bukanlah gadis picisan yang hanya layak menjadi perca-perca kain selimut, tetapi dia adalah seorang mahasiswi Kedoktoran Universiti Birmingham yang hampir dipanggil Doktor Falsafah suatu ketika nanti. Sekadar ini sahaja serba sedikit tentang Angelina yang boleh aku ceritakan.

Sampai saat ini aku masih berasa bersalah kepada diri ini. Aku berasa bersalah kerana aku adalah seorang remaja lelaki yang matang dan gagah tubuhnya. Tetapi sayang tidak dimanfaatkan di jalan perjuangan. Tetapi mengapa dia, yang hanya seorang muslimah biasa yang kudratnya adalah kudrat seorang muslimat, yang perwatakannya perwatakan seorang muslimat, yang pakaiannya tetap pakaian seorang muslimat, yang jiwanya tetap jiwa seorang muslimat, tetapi………. Dia telah berjaya dengan gemilangnya menewaskan ratusan malahan ribuan remaja lelaki yang lain. Apabila aku memandang dia, aku seolah-olah memandang satu susuk tubuh yang membawa mesej perjuangan. Aku tidak lagi mengenali dirinya dengan namanya, tetapi aku lebih mengenali namanya dengan nama perjuangan. Sampai saat ini, tika ini, aku masih belum mampu memaafkan diri sendiri atas kekhilafan diri ini yang hanya masih mampu bertiduran diatas pembaringan walhal dia yang hanya seorang muslimat tetapi sudah bersedia di medan perjuangan. Memang ramai sahabat mengatakan bahawa aku tidak berdosa kerana tidak menyertai perjuangan tersebut kerana aku diperlukan untuk melahirkan lebih ramai perjuang. Tetapi kenapa aku yang menjadi pendidik bukan dia. Sepatutnya aku yang gagah ini berada di medan perjuangan dan dia yang mnjadi pencetak mujahid dan mujahidah kerana dia seorang muslimat.

Ya semoga aku tidak lagi ketinggalan dalam perjuangan yang dating. Semoga selepas ini aku diberikan kekuatan dan kelapangan oleh Allah agar dipermudahkan urusan perjuangan oleh Allah. Wallua’lam.

Saturday, June 18, 2011

Menjadi Ulama Yang Profesional

Era modenisasi ini terlalu banyak isu-isu pelik dan remeh-temeh yang berkaitan agama Islam ini dibincang semula. Apabila timbul semua perkara-perkara ini, maka timbullah beberapa kemungkinan soalan daripada fenomena yang timbul ini. Persoalan pertama yang menjadi kemungkinan adalah adakah masyarakat sekarang semakin mengambil cakna tentang agama Islam dan berhajat mencari jawapan kepada isu-isu yang timbul? manakala persoalan kedua yang menjadi kemungkinan adalah adakah musuh-musuh Islam sengaja menimbulkan isu-isu ini agar umat Islam leka dengan isu-isu tersebut lantas lupa kepada isu yang lebih utama yakni perpaduan dan perjuangan (jihad)?. Semoga persoalan pertama itu yang lebih tepat. Wallahu a'lam.

Saya tak berhajat untuk mengulas kesemua isu yang telah timbul ini. Saya lebih tertarik dengan isu ulama vs profesioanal yang dengan sengajanya telah ditimbulkan oleh media-media massa mahupun elektronik ketika muktamar PAS baru-baru ini. Bukan nak katakan diri ini aktivis ekstrem politik. Tapi politik adalah sebahagian daripada agama yang menjadi kewajipan kepada kesemua ummah untuk mengamalkan yang benar. Ramai orang mengatakan politik itu kotor tetapi politik itu menjadi kotor hanya kerana ianya tidak dipimpin oleh agama.

Apabila membincangkan tentang golongan ulama dan profesional ini,hati ini ingin ketawa pun ada. Kenapa? Kerana bagaimana media-media di Malaysia ini yang perasan diri mereka terbaik ini masih mengutarakan isu-isu kebudak-budakkan seperti ini?

Profesinal dan ulama ini bukan satu perkara yang baru lagi. Tetapi telah wujud dan diamalkan sejak zaman awal pelaksanaan Islam di muka bumi lagi ini. Kita imbas kembali sirah zaman Rasullah SAW. Antara yang kita klasifikasikan golongan profesional ini ialah mereka yang kerjayanya bukan di dalam bidang agama. KIta jangan fikir semua sahabat Rasulullah SAW itu tiada yang bekerja sebagai peniaga, pentadbir, atau sebagainya. Tetapi Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang usahawan, Muaz Bin Jabal pula seorang gabenor,dan Khalid Bin Al-Walid pula hanyalah seorang panglima tentera semata-mata. Jadi golongan profesional ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi. Malahan mereka ini telah diangkat menjadi salah seorang daripada tokoh-tokoh yang mengembangkan Islam di atas muka bumi. Media tidak layak dan tidak patut langsung untuk menjadikan isu ulama dan profesional ini sebagai satu masalah. Walhal mereka ini jauh lebih mulia daripada golongan agama yang berilmu tapi hanya gah pada sijil sahaja. Tiada masalah jika golongan profesional yang menerajui sebuah gerakan Islam. Hal ini kerana pemikiran dan aqidah mereka adalah sama.

Kesimpulan akhirnya adalah golongan ulama sekarang ini juga perlu terjun ke lembah masyarakat dan bidang profesional agar masyarakat tidak lagi sentiasa dalam kepompong jahiliyah yang hanya melihat agama dan dunia itu perlu dipisahkan. Wallahua'lam. Sekian.

Thursday, April 21, 2011

Oh Pemuda

Oh pemuda,
Puas sudah si murai terbang landai berkicau seantero tanah,
Mengkhabarkan masyarakat yang kian kritikal,
Masyarakat yang sudah hilang nilai maruahnya,
Masyarakat yang punah jati dirinya.

Oh pemuda,
Lama benar sudah anakanda lena,
Di atas geta peraduan yang melalaikan,
Diselimuti oleh khayalan syaitan nan berbisik,
Dipangku oleh teknologi yang merendahkan anakanda.



Oh pemuda,
Anggun sekali semangat yang menghiasi anakanda,
Tapi sayang,
Hanya menjadi pelaburan nan rugi,
Nan menghilangkan maruah anakanda.

Oh pemuda,
Lihatlah dunia yang berputar beredar,
Zaman lampau makin sayup kelihatan,
Zaman mendatang mengamit melambai



Bangkitlah wahai angkatan baru,
Perkemaskan perbarisan kalian,
Sisipkan senjata pemusnah di sisi kalian,
Terjahlah ke alam yang kian kejam ini.

Kian lama rejimen anakanda dinantikan,
Bantulah bonda bantulah ayahanda di medan yang hina ini,
Kudrat bonda kudrat ayahanda kian pudar sinarnya,
Gauman meriam pun di daya diletuskan.

Anakanda,
Pertahankan tanah damai ini untuk cucu kami,
Kirimkan salam kami pada mereka,
Ceritakan pada mereka sejarah ketuanan bangsa,
Biar mereka penganti kalian penyambung perjuangan.

Rahman Al-Farisi
Kuala Kangsar
21 April 2011