Kalau di dalam cerpen “Dia Berikan Tangannya” karya RAHMAT PURNAMA MULYA yang mengambarkan watak MULYA yang terlalu mengagumi watak Angelina Eliseo, aku juga mempunyai insan yang dikagumi. Aku tak pasti cerpen itu cerita betul atau hanya fantasi penulis. Tapi secara peribadi aku menerima cerpen itu sebagai cerita benar kerana nama watak dan nama penulisnya yang sama. Di dalam cerpen itu mengambarkan bagaimana MULYA yang amat mengagumi ANGELINA ELISIO, seorang aktivis kempen pembebasan Palestin. Jika aku berada di dalam situasi Mulya juga aku akan terkesima dengan perwatakan Angelina. Manakan tidak, Angelina yang hanya seorang gadis kacukan Itali, Perancis dan Inggeris malah beragama Kristian boleh begitu bersemangat dalam berkempen untuk membebaskan Palestin yang sudah jelas penduduknya bukan seagama mahupun sebangsa dengan dirinya. Angelina juga bukanlah gadis picisan yang hanya layak menjadi perca-perca kain selimut, tetapi dia adalah seorang mahasiswi Kedoktoran Universiti Birmingham yang hampir dipanggil Doktor Falsafah suatu ketika nanti. Sekadar ini sahaja serba sedikit tentang Angelina yang boleh aku ceritakan.
Sampai saat ini aku masih berasa bersalah kepada diri ini. Aku berasa bersalah kerana aku adalah seorang remaja lelaki yang matang dan gagah tubuhnya. Tetapi sayang tidak dimanfaatkan di jalan perjuangan. Tetapi mengapa dia, yang hanya seorang muslimah biasa yang kudratnya adalah kudrat seorang muslimat, yang perwatakannya perwatakan seorang muslimat, yang pakaiannya tetap pakaian seorang muslimat, yang jiwanya tetap jiwa seorang muslimat, tetapi………. Dia telah berjaya dengan gemilangnya menewaskan ratusan malahan ribuan remaja lelaki yang lain. Apabila aku memandang dia, aku seolah-olah memandang satu susuk tubuh yang membawa mesej perjuangan. Aku tidak lagi mengenali dirinya dengan namanya, tetapi aku lebih mengenali namanya dengan nama perjuangan. Sampai saat ini, tika ini, aku masih belum mampu memaafkan diri sendiri atas kekhilafan diri ini yang hanya masih mampu bertiduran diatas pembaringan walhal dia yang hanya seorang muslimat tetapi sudah bersedia di medan perjuangan. Memang ramai sahabat mengatakan bahawa aku tidak berdosa kerana tidak menyertai perjuangan tersebut kerana aku diperlukan untuk melahirkan lebih ramai perjuang. Tetapi kenapa aku yang menjadi pendidik bukan dia. Sepatutnya aku yang gagah ini berada di medan perjuangan dan dia yang mnjadi pencetak mujahid dan mujahidah kerana dia seorang muslimat.
Ya semoga aku tidak lagi ketinggalan dalam perjuangan yang dating. Semoga selepas ini aku diberikan kekuatan dan kelapangan oleh Allah agar dipermudahkan urusan perjuangan oleh Allah. Wallua’lam.
No comments:
Post a Comment