Era modenisasi ini terlalu banyak isu-isu pelik dan remeh-temeh yang berkaitan agama Islam ini dibincang semula. Apabila timbul semua perkara-perkara ini, maka timbullah beberapa kemungkinan soalan daripada fenomena yang timbul ini. Persoalan pertama yang menjadi kemungkinan adalah adakah masyarakat sekarang semakin mengambil cakna tentang agama Islam dan berhajat mencari jawapan kepada isu-isu yang timbul? manakala persoalan kedua yang menjadi kemungkinan adalah adakah musuh-musuh Islam sengaja menimbulkan isu-isu ini agar umat Islam leka dengan isu-isu tersebut lantas lupa kepada isu yang lebih utama yakni perpaduan dan perjuangan (jihad)?. Semoga persoalan pertama itu yang lebih tepat. Wallahu a'lam.
Saya tak berhajat untuk mengulas kesemua isu yang telah timbul ini. Saya lebih tertarik dengan isu ulama vs profesioanal yang dengan sengajanya telah ditimbulkan oleh media-media massa mahupun elektronik ketika muktamar PAS baru-baru ini. Bukan nak katakan diri ini aktivis ekstrem politik. Tapi politik adalah sebahagian daripada agama yang menjadi kewajipan kepada kesemua ummah untuk mengamalkan yang benar. Ramai orang mengatakan politik itu kotor tetapi politik itu menjadi kotor hanya kerana ianya tidak dipimpin oleh agama.
Apabila membincangkan tentang golongan ulama dan profesional ini,hati ini ingin ketawa pun ada. Kenapa? Kerana bagaimana media-media di Malaysia ini yang perasan diri mereka terbaik ini masih mengutarakan isu-isu kebudak-budakkan seperti ini?
Profesinal dan ulama ini bukan satu perkara yang baru lagi. Tetapi telah wujud dan diamalkan sejak zaman awal pelaksanaan Islam di muka bumi lagi ini. Kita imbas kembali sirah zaman Rasullah SAW. Antara yang kita klasifikasikan golongan profesional ini ialah mereka yang kerjayanya bukan di dalam bidang agama. KIta jangan fikir semua sahabat Rasulullah SAW itu tiada yang bekerja sebagai peniaga, pentadbir, atau sebagainya. Tetapi Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang usahawan, Muaz Bin Jabal pula seorang gabenor,dan Khalid Bin Al-Walid pula hanyalah seorang panglima tentera semata-mata. Jadi golongan profesional ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi. Malahan mereka ini telah diangkat menjadi salah seorang daripada tokoh-tokoh yang mengembangkan Islam di atas muka bumi. Media tidak layak dan tidak patut langsung untuk menjadikan isu ulama dan profesional ini sebagai satu masalah. Walhal mereka ini jauh lebih mulia daripada golongan agama yang berilmu tapi hanya gah pada sijil sahaja. Tiada masalah jika golongan profesional yang menerajui sebuah gerakan Islam. Hal ini kerana pemikiran dan aqidah mereka adalah sama.
Kesimpulan akhirnya adalah golongan ulama sekarang ini juga perlu terjun ke lembah masyarakat dan bidang profesional agar masyarakat tidak lagi sentiasa dalam kepompong jahiliyah yang hanya melihat agama dan dunia itu perlu dipisahkan. Wallahua'lam. Sekian.
No comments:
Post a Comment