Thursday, May 20, 2010
Guru: Dikeji atau Dipuji?
Marcapada apabila tibanya Hari Guru, hanya cerita-cerita yang indah sahaja dapat didengari. Walhal cerita yang sahih, tanyalah pada empunya diri yang bergelar guru. Memetik kata-kata seorang wartawan rancangan televisyen kerajaan, RTM, yang mengatakan nasib guru kini semakin dibela. Tetapi dalam masa yang sama, terpampang pula di dada-dada media cetak yang menceritakan guru-guru dituduh 'sengaja' merotan atau memukul para pelajar. Apabila sudah keluar sahaja di akhbar, majoriti masyarakat yang berlagak hakim terus menghukum bahawa guru yang bersalah. Hebat sangatkah masyarakat kini hinggakan mampu menentukan siapa yang bersalah tanpa ada soal siasat dilakukan. Bulat-bulat sahaja kita mempercayai apa yang tertulis di akhbar yang tidak pasti betul atau salah.Walhal, apabila dikaji semula, murid tersebut sudah penuh dengan rekod kesalahan disiplin. Yang terpampang di akhbar hanyalah cerita-cerita yang baik-baik sahaja. Mana mungkin guru-guru yang telah bertahun-tahun dilatih akan sengaja memukul para pelajar. Lebih hebat lagi, para guru ini telah ditapis dari puluhan ribu rakyat yang mahu bergelar guru. Bagaimana media elektronik dan media cetak yang bersumberkan cerita yang sama, tetapi menyiarkan cerita yang berlainan? Siapa yang betul atau siapa yang salah? Fikirkanlah wahai masyarakat, siapa kita untuk menghukum golongan yang telah menyambung tugas-tugas para rasul, para ulama, para da'ie. Mereka ini jugalah yang telah mengajar anak-anak kita. Mereka ini jugalah yang mengasaskan sebuah negara bangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment