 |
Kampung VS Bandar: Tetap ada nilai tersendiri.... |
“Hai
budak kampung!!!”, panggil muiz pada hafiz.
“Assalamualaikum,
hai.” balas hafiz dengan tenang.
Wajah muiz merah bersama balasan salamnya. Hafiz tetap meneruskan suapan
makanan ke dalam mulutnya. Panggilan dari Muiz bukan sesuatu yang perlu dikejut
dan difikirkannya. Sememangnya asal-usul dia daripada kampung. Suasana di
Kantin Fakulti Kejuruteraan masa itu tenang dek kerana kurnagnya pelajar.
“Muiz,
Apsal ko suka panggil aku budak kampung erk?”
“Boleh
lagi ko tanya soalan macam tu kat aku? Aku ingat ko sedar dah? Rupa2nya ko ni
lampi jugak erk? Cuba tengak diri ko tu. Pakaian skema, cermin mata pun style
orang tua. Telefon ko pun 3310 lagi. Ko tgk aku ni, pakaian ala-ala group one
direction. Telefon aku pula, Samsung Galaxy S3.” Jawab sambil menunjuk-nunjuk
telefon bimbit kebanggaannya.
Itulah Mohd Muiz Datuk Saberi. Anak kepada jutawan hartanah yang
gemilang lagi terbilang di Kuala Lumpur. Berlagak dan stylo adalah identiti
khususnya. Tapi Hafiz bukanlah seorang yang sangat sensitif. Baginya Muiz tetap
sahabat yang baik. Cuma adabnya kurang sikit.
“Kiranya
ko nak katakan yang orang kampung macam aku ni xde kamajuan la? Atau bahasa kasarnya kolot la?” Balas
Hafiz dengan sedikit emosi. Sebagai anak kampung sejati, kata-kata sinis Muiz
tadi sedikit sebanyak menyentuh hatinya.
“Hah,
faham pun ko akhirnya. Itulah yang aku nak maksudkan. Tapi aku tak tergamak la
nak cakap tadi.”
“Tapi
ko jangan bangga sangatlah dengan status orang Bandar ko tu erk!!!” balas Hafiz
sambil bangun untuk menuju ke tutorialnya. Melayan kerenah Muiz terlalu lama
hanya sia-sia baginya. Hal ini kerana topik perbincangan tetap tentang orang
kampung yang tak maju.
“Lepas
abih tutorial tunggu aku di kereta, ok? Kita balik sekali.” Laung Muiz pada
Hafiz.
Hafiz hanya mengangkat tanda isyarat memahami arahan kawannya itu. Dia
perlu melajukan langkahnya. Kerana sepatutnya tutorialnya sudah bermula 10
minit yang lalu. Tidak menepati waktu adalah ciri-ciri orang yang gagal dalam
hidupnya. As-syahid Imam Hassan Al-Banna jua pernah berkata, “Kewajipan yang
ada lebih banyak dari masa yang ada”.
Jelas menunjukkan kita perlu memanfaatkan setiap masa yang ada.
***
Muiz tenang memacu Toyota Viosnya dengan kelajuan yang sederhana.
Kondisi lebuhraya Guthrie ketika itu tidak terlalu sibuk. Barangkali dek kerana
masih dalam office hours lagi. Jutaan jasad manusia masih di dalam pejabat
mahupun kilang lagi.
“Eh
Hafiz, apsal ko sound aku supaya jangan bangga sangat tadi erk?
Muiz, walaupun dia seorang yang berlagak, tapi dia juga seorang yang mudah untuk dinasihati. Dia tetap
akan memikirkan setiap nasihat yang diberikan kepadanya.
“Gini
la Muiz, esok ko free tak? Kalo ko free jom kita balik kampung aku kt Kedah
jap. Tu pun kalo ko sudi la.” Perlawa Hafiz pada Muiz.
“Esok
sepatutnya aku ada date dengan budak junior yang cun tu, hehehe” balas Muiz
dengan tersenyum seperti kerang busuk itu.
“Tapi
xpela, aku cancelkan dulu date tu, aku ikut ko balik Kedah esok.” Sambung Muiz
bersama persetujuannya untuk menerima perlawaan Hafiz.
***
“Jauhnya
kampung ko Hafiz, dah macam masuk kawasan orang asli kt Ulu Tembeling je Hafiz,
ada line ke kat sini, tak dapat tido aku kalo tak boleh bergayut dengan awek
malam ni.”
“Yes,
1-0!!!” balas Hafiz dengan ringkas.
Muiz menjadi terpinga-pinga. Setahunya hari ini tiada apa-apa perlawanan
bola sepak. Baik untuk Liga Malaysia mahupun Liga Perdana Barclays. “1-0?
Maksud ko?” Tanya Muiz untuk menjawab segala keraguannya.
“1
untuk aku sebagai budak kampung, dan 0 untuk ko sebagai orang bandar, tengok,
awal2 lagi ko dh mengaku xleh hidup hanya kerana xde line telefon. Takde la
hebat sangat orang bandar ni rupanya.” Balas Hafiz dengan nada bersahaja.
“Eleh,
setakat tu je? Baru 1, belum 10 lagi wei…” jawab Muiz dengan geramnya.
Kehidupan di kampung bukanlah sesuatu yang biasa dalam diri Muiz, lahir
sebagai anak jutawan, menyebabkan masa hidupnya hanya dihabiskan di bandar
ataupun di luar Negara sahaja. Tambahan pula datuk dan neneknya yang
sememangnya tinggal di Kampung Baru, menambahkan keasingan dirinya dengan
suasana kampung.
***
Pagi ini Hafiz mengejutkan Muiz agak awal. Sebaik sahaja Muiz membuka
kelompak matanya, gegendang telinganya terus Berjaya menangkap laungan azan
dari masjid yang berdekatan. Hafiz mengajak Muiz untuk berjemaah bersama-sama
keluarganya. Ayah Hafiz sememangnya sudah menunggu di ruang tamu sejak tadi
lagi. Sejak qiyamullail lagi ayahnya belum meinggalkan sejadah itu lagi.
Muiz berjalan dengan longlai ke bilik air sambil mencapai tualanya.
Hafiz hanya menghantar Muiz dengan pandangan matanya sahaja. Dia yakin Muiz
sudah mengetahui di mana bilik airnya. Hafiz pula terus ke menunggu di ruang
tamu untuk menyertai majlis zikir bersama-sama ayahnya. Sememangnya itu suasana
normal keluarga Hafiz ketika dinihari.
“Arggggghhhh, sejuknya!!!” laung Muiz dari dalam bilik air dengan sekuat
hatinya.
Jeritan Muiz itu telah mengejutkan Hafiz, ayahnya dan ibunya. Lebih
menarik lagi turut mengejut adik bongsu Hafiz yang masih tidur. Mereka
tersentak. Tetapi ayahnya tetap meneruskan majlis zikir itu. Hafiz tersenyum.
Seusai menunaikan solat Subuh berjemaah, Hafiz dan Muiz terus masuk ke
bilik semula. Sebaik sahaja pintu ditutup, ketawa Hafiz terus sahaja berderai.
“Pasal apa ko ni? Sawan ke?.” tanya Muiz.
“Apa citer bro? Pagi-pagi hari dah menjerit. Tula, asyik mandi ngan air
panas je, dengan air sejuk pun ko kalah, tau tak? 2-0, bro!!!”. Jawab Hafiz
dengan jawapan yang penuh sinis.
Muiz senyap seribu bahasa. Dia akui, sememangnya setiap pagi dia hanya
akan mandi dengan air dari pemanas air di bilik mandinya sahaja. Itupun setelah
bangun pada jam 7.00 pagi paling awal. Tapi hari ini, dia perlu menjamah air
kolah yang sejuk pada jam 5.00 pagi lagi. Sesuatu yang tidak pernah
dilakukannya.
“Tu la ko. Jangan berlagak sangat jadi orang bandar. Badan je sasa,
hari2 pergi gim, tapi dengan air pun kalah dah.”
“Aku bukan takut la. Cuma tak biasa je.”
Balas Muiz untuk membela dirinya.
“Memang la sebab tak biasa. Ko ingat aku kecik2 dulu kena berlatih ke
untuk mandi dgn air sejuk tu? Sejak aku kecil lagi aku mandi dah ngan air sejuk
tu. Kadang-kadang aku terjun je dalam kolah tu.”
Pagi itu Hafiz dan Muiz berbual panjang sambil bebaring diatas katil
sementera menunggu waktu sarapan pagi. Pelbagai perkara mereka perkatakan. Muiz
tak habis-habis dengan isu cintan-cintunnya itu. Hafiz pula tetap dengan isu
politiknya. Itulah mereka, dua sahabat rapat yang sekursus pengajian, tetapi
memiliki tarikan pemikiran yang berbeza. Apabila sampai waktu untuk sarapan
pagi, mereka bingkas bangun. Tiba-tiba Hafiz terus memusingkan badan Muiz untuk
melihat bahagian belakangnya.
“Eh, Muiz. Ko tido kt mana semalam? Kat sarang nyamuk ke? Penuh
bintik-bintik badan ko.”
“Aku punya badan tak pulak bintik2 macam ko. Padahal aku tidur sekali ngan ko semalam.
Lembut betul kulit orang bandar. Macam kulit perempuan ko tau tak? Anak dara
kampung ni pun aku rasa ok lagi kulit. Hahaha” tambah Hafiz dengan ayat penuh
kata-kata sinis.
Muiz menarik muka masam. Menikmati sarapan yang disediakan sambil otak
ligat memikirkan kata-kata Hafiz sebentar tadi. Ada ketikanya, kata-kata Hafiz
memang benar. Teramat sangat benar.
Selepas sahaja menikmati sarapan pagi, mereka terus bersiap untuk pulang
ke Kuala Lumpur semula. Sekarang belum lagi cuti semester. Oleh itu, keberadaan
mereka di kampung hanyalah sebentar. Sekadar mengambil kesempatan cuti hujung
minggu sahaja.
***
Perjalanan pulang mereka ke Kuala Lumpur amat mendamaikan. Mereka perlu
meredahkan kawasan pernanaman padi yang amat sinonim dengan negeri Kedah ini.
Muiz masih diam seribu bahasa. Otaknya tetap memikirkan tentang dirinya ketika
di kampung Hafiz tadi.
“Hafiz, aku minta maaf la wei.”
“ Pasal apa pulak ko nk minta maaf ngan aku tiba2 ni?”
“Yela, sebelum ni aku selalu kutuk ko dengan panggilan budak kampung.
Padahal ko lebih lasak dari aku.”
“Owh,, pasal tu je. Ok la Muiz. Sebenarnya Muiz, orang kampung macam aku
ni macam student fakulti pengajian Islam juga la.
“ Macam student fakulti pengajian Islam? Maksud ko?” Tanya Muiz dengan
dahinya yang berkerut-kerut.
 |
Dari manapun kamu datang, hanya ketaqwaan yang dilihat |
“Macam ni, walaupun mereka nampak ketinggalan je pasal dunia teknologi,
tidak seperti ko yang sememang amik course computer networking, tapi mereka
tetap tahu asas-asas computer, malahan boleh menggunakan computer utk membuat
assignment mereka. Tapi ko, walaupun ko expert bab teknologi ni, tapi ko belum
tentu boleh memahami asas-asas Islam,” Terang Hafiz dengan panjang lebar.
“Pastu apa kaitannya dengan orang kampung?” soal Muiz meminta penjelasan
lagi daripada Hafiz.
“Sama la macam aku, walaupun aku ini budak kampung, tetapi apabila aku
pergi ke bandar, aku tetap boleh survive hidup aku. Pasal teknologi masa kini
pun aku boleh guna. Takde la macam ko yang menjerit tak tentu pasal bila duduk
kampung. Nasib baik duduk sehari je. Kalo hancur la kulit ko kena gigit dengan
nyamuk,” tambah Hafiz sambil sempat menyindir Muiz lagi.
“ Betul la apa ko cakap tu. Kadang-kadang aku lihat orang bandar ni
majoritinya berlagak je lebih. Tapi sebenarnya habuk pun xde. Tapi xpela, yang
pasti lepas ni aku xakan kutuk ko budak kampung lg dan aku nak duduk kampung ko
lg lepas ni ”.
 |
Aku bangga sebagai budak kampung |
Mereka pun ketawa. Dan perjalanan mereka diteruskan menuju ke Kota
Metropolitan Kuala Lumpur. Orang kampung atau orang bandar sekalipun, mereka
perlu menuntut ilmu. Kerana dengan ilmulah seseorang itu menjadi mulia. Orang kampung atau orang bandar, Allah SWT hanya melihat ketaqwaanmu dan bukannya asal-usulmu dari mana.