Wednesday, May 26, 2010

Kenangan Di SK Raja Muda Musa

Semasa Kem Bestari Solat
bersama pelajar tahun tiga
Aiman, 2 Cerdas
hahaha. murid yang selalu kena usik ngan ana
liyana dan syed muqridz, 2 Cerdas



macam2 rupe ada semasa main bola baling,
baling atas palang je keje nyer



Nasril Asyraf, 3 Cerdas yang berlagak macho.

Mungkin ini hanya sebahgian memorabilia yang dapat ana uploadkan. Mana2 individu yang tidak tersenarai, harap maaf. Mungkin di lain masa.





Pengalaman, Cikgu Terbaik

Kali ini adalah kali pertama ana ingin menceritakan sesuatu yang berkaitan kehidupan peribadi. Niat asal blog ini hanyalah untuk menulis artikel-artikel yang berinformasi agar dapat membantu pemikiran ummah ke arah yang lebih maju tingkatnya. PENGALAMAN!!! Sesuatu yang amat berharga nilainya. Malah lebih bernilai daripada sebutir emas mahupun berlian terhadap seorang wanita yang menyanjungi kecantikan zahir.


5 April 2010

Ana menerima sebuah panggilan yang menawarkan kepada ana untuk menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah. Satu panggilan yang amat mengejutkan. Terlintas terus di fikiran untuk menolak terus tawaran tersebut. Tapi ana meminta masa untuk berfikir. Selepas berbincang bersama ayah, emak dan kakak, ana mengambil keputusan setuju. Selepas ana menelefon semula untuk menzahirkan persetujuan, mereka menawarkan kepada saya untuk mengajar dis sekolah rendah pula. Ana terus bersetuju juga. Semuanya atas dasar sebagai latihan untuk menjadi da'ie serta sebagai sumbangan untuk anak bangsa. Tiada terniat mengenai gaji yang akan diterima. Semua itu berserah kepada Allah s.w.t.


6 April 2010

Ana melaporkan diri sebagai guru ganti di SK Raja Muda Musa. Ana akan berkhidmat di sini selama dua bulan. Hari pertama masuk kelas, berdepan dengan murid-murid yang pelbagai ragam dan sememangnya memeningkan kepala. Tapi biarlah, sememangnya ragam kanak-kanak sebegitu. Terpikir adakah keadaan aku ketika aku di sekolah rendah dahulu seperti ini? Hari ini hanya pengenalan mengenai suasana sekolah dan kelas.


7 April 2010- 26 Mei 2010

Hari-hari setrusnya ana semakin mengnali para murid dan mengetahui serba-sedikit latar belakang dan sikap mereka. Ada yang bagus, ada juga yang kurang bagus. Secara tak langsung ini semua memberi gambaran mengenai kehidupan dan permikiran masyarakat yang berbeza status sosial dan juga ekonomi. Ada sesetengah murid yang sebenarnya memerlukan kasih-sayang dalam diri mereka. Mereka tidak lagi sanggup untuk dihendik mahupun dipukul. Keadaan tertekan di rumah kadang-kadang mereka lepaskan di sekolah. Terasa bertuahnya kehidupanku yang cukup serba-serbi. Alhamdulillah. Murid-murid ini ana anggap mereka sebagai adik-adik ana sahaja kerana umur mereka hampir sama dengan adik ana sendiri. Dalam kehidupan kita bersama keluarga pun, sudah tentu kita lebih rapat dengan kakak, abang atau adik berbanding ibu dan ayah. Hal ini kerana permikiran dan kehidupan yang hampir selari dengan kita. Itulah yang terjadi antara ana dan murid-murid ana. Mula-mula ana lapor diri sebagai guru ganti, ayah ana berpesan janganlah marah kepada para pelajar. Kerana mereka memerlukan kita dan sebagai penarik mereka untuk sentiasa hadir ke sekolah. Itu prinsip yang sentiasa ana amalkan sepanjang bekerja. Tapi perasaan sayang ana kepada murid-murid mungkin hanya sementara. Kerana tempoh ana bekerja hanyalah dua bulan. Mahu tidak mahu terpaksa juga berpisah kerana ana masih perlu untuk menuntut ilmu yang lebih banyak. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas malah tidak cukup 7 lautan sebagai dakwat pena untuk menulis segala ilmu Allah. Minggu terakhir ana di sekolah ini adalah minggu paling sedih dalam hidup ana. Ana berharap agar memorabilia ana bersama adik-adik ana ini akan kunjung tiba kembali suatu hari nanti, walaupun berbeza tempat mahupun masa. Ana mendoakan agar kehidupan adik-adik ini akan sentiasa berada dibawah naungan rahmat dan hidayahMu,Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, May 24, 2010

La Tahzan: Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:


....sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan........


Oleh kerana itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi!

Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba; belum berwujud dan tidak memiliki rasa dan warna . Lalu, mengapa kit harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menipanya, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengan atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwuud kesenangan atau kesedihan?

Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu? Boleh jadi kita akan berhenti jalan sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan boleh jadi pula, kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.

Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib, dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana, hal itu termasuk thulul amal(angan-angan yang terlalu jauh). Sesungguhnya tindakan itu pun yidak masuk akal, kerana sama halnya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang . Namun kebanyakan manusia di dunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang diajarkan di "sekolah-sekolah syaitan"


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil, kedekut) ; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya (Al-Baqarah:268)


Mereka yang menangis sedih menatap masa depan, adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di "genggaman yang lain" tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar apabila justeru menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak diketahui secara pasti hakikatnya.

Biakan hari esok itu datang dengan sendirinya; janganlah anda menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula anda menunggu waktu itu. Sebab, hari ini anda sudah sangat sibuk.

Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh kerana itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.


Dipetik dari buku La Tahzan karya Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Thursday, May 20, 2010

Guru: Dikeji atau Dipuji?

Marcapada apabila tibanya Hari Guru, hanya cerita-cerita yang indah sahaja dapat didengari. Walhal cerita yang sahih, tanyalah pada empunya diri yang bergelar guru. Memetik kata-kata seorang wartawan rancangan televisyen kerajaan, RTM, yang mengatakan nasib guru kini semakin dibela. Tetapi dalam masa yang sama, terpampang pula di dada-dada media cetak yang menceritakan guru-guru dituduh 'sengaja' merotan atau memukul para pelajar. Apabila sudah keluar sahaja di akhbar, majoriti masyarakat yang berlagak hakim terus menghukum bahawa guru yang bersalah. Hebat sangatkah masyarakat kini hinggakan mampu menentukan siapa yang bersalah tanpa ada soal siasat dilakukan. Bulat-bulat sahaja kita mempercayai apa yang tertulis di akhbar yang tidak pasti betul atau salah.Walhal, apabila dikaji semula, murid tersebut sudah penuh dengan rekod kesalahan disiplin. Yang terpampang di akhbar hanyalah cerita-cerita yang baik-baik sahaja. Mana mungkin guru-guru yang telah bertahun-tahun dilatih akan sengaja memukul para pelajar. Lebih hebat lagi, para guru ini telah ditapis dari puluhan ribu rakyat yang mahu bergelar guru. Bagaimana media elektronik dan media cetak yang bersumberkan cerita yang sama, tetapi menyiarkan cerita yang berlainan? Siapa yang betul atau siapa yang salah? Fikirkanlah wahai masyarakat, siapa kita untuk menghukum golongan yang telah menyambung tugas-tugas para rasul, para ulama, para da'ie. Mereka ini jugalah yang telah mengajar anak-anak kita. Mereka ini jugalah yang mengasaskan sebuah negara bangsa.

Sunday, May 16, 2010

MASNAWI SEORANG SASTERAWAN

40 tahun dahulu,
Bermula dari Balai Budaya bersama ribuan perjuang,
Aku usung sebuah "Keranda 152" hingga ke Parlimen,
Seorang menteri Parlimen keluar berbasa-basi,
Tertancaplah kembali Perlembagaan 152 di tanah bebas ini.
Kini,
Seusai 40 tahun meninggalkan kita,
"Keranda 152" ini kembali dikorek,
Tanah perkuburan pun kembali merah,
"Keranda 152" ini diusung sekali lagi,
Tapi wujud sekelumit kelainan,
Destinasinya ke Istana Negara,
Dan aku yang mengetuainya pula.
Kenapa semua ini berulang kembali?
Adakah kerna santunnya bahasaku ini?
Santunnya hingga mataku pedih,
Tekakku kering-kontang,
Di mana estetikanya "bekas" bahasa ilmu ini,
Yang merupakan zat kita.
Bahasa-kebebasan dan kemerdekaan
Bahasa-modenisasinya sebuah tamadun
Bahasa-erti sebuah percakapan

Wednesday, May 12, 2010

SELAMAT HARI GURU

Dia yang mengajar Malaikat membaca,
Dia yang mengutus Jibril untuk mengajar Muhammad,
Dia jualah yang membolehkan manusia membaca,
Kerana Dialah pemilik segala ilmu.
Seusai berlalunya Zaman Rasulullah,
Seusai lenyapnya Zaman Khulafa' Ar-rasyiddin,
Seusai malapnya Zaman Abassiyah dan Umaiyah,
Seusai berakhirnya Era Kegemilangan Melaka.
Kini,
Tugas para Rasul terpilih,
Tugas para Ulama',
Tugas para Dai'e,
Diteruskan oleh sekelompok manusia terpilih.
Kelompok manusia yang akan mengasaskan Dinasti Melayu,
Cekalnya kelompok manusia ini,
Tanyalah pada dinding dan tingkap madrasah,
Kelompok manusiawi ini siapa lagi kalau bukan GURU.
GURU - Lantera Kehidupan Masyarakat
GURU - Kegemilangan Dan Kejayaan
GURU - Disiplin Dan Sahsiah.
Nukilan
Rahman Al-Farisi
Kuala Kangsar
12 Mei 2010