Sunday, August 5, 2012

Lesen Memandu: Bernilaikah Dia?

Aku xknal pn sape pakcik ni erk...
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah masih lagi dapat bertemu dgn kalian semua sekali lagi. Insyaallah topic kita pada kali ini adalah lesen memandu. Pasti kalian semua mengimpikan memiliki lesen memandu dan majoritinya mmang sudah memilikinya. Buat sahabat2 yang sudah pun memiliki lesen memandu, apakah erti terbesar ataupun erti sebenar lesen memandu yang korang miliki itu? Mustahil jika tiada erti atau nilai yang tersendiri pd lesen memandu korang. Susah beb masa nk amik dlu. Berjemur tgh2 panas demi hendakkan sekeping kertas kecil yang dilaminate dan ditandatangan oleh Ketua Pengarah JPJ. Takkan tandatangan itu sahaja yg bernilai? Kalau begitu lebih baik kita ambil sijil pengakap raja yang mempunyai tandatangan semua sultan dan seorang Agong. Pasti jauh lebih tinggi nilainya.
Alhamdulillah aku telah dinampakkan oleh Allah SWT apakah erti dan nilai sebenar lesen memandu yang aku impikan dari dulu lagi. Aku tak pasti sama ada pandangan aku ini sama dgn korang atau tak. Tapi yg tu xkisah. Kita kena berpegang bahawa setiap pendapat itu adalah benar. Cuma berbezanya setiap pendapat adalah tepat atau kurang tepat. Tepat dan Benar adalah dua perkataan yang berlainan maksud ok? Mungkin untuk sesetengah org menganggab bahawa lesen memandu sgt bererti kerana korang akan mudah hendak kemana-mana tanpa perlu takut kepada si baju biru yg akn mengepaw korang di tgh2 jalan (He3, harap fahamlah ok?..). Nilai sebenar dan kepuasan tertinggi yang aku dapat lesen memandu adalah hanya dapat diterjemahkan apabila aku menjadi supir kepada mak dan ayah aku sendiri. Bagi aku apa guna jika memiliki lesen memandu yang dibayar mahal2 tetapi tidak langsung membuka peluang untuk kita membalas jasa ibu bapa kita. Apabila aku dgn bawa kete, kotak minda selalu menaip kata2 ini “kalo dulu mak dan ayah xpernah kisah pn membawa aku kemana-mana, hari ini, giliran aku pula menjadi pemandu kereta mereka sebelum tibanya masa aku menjadi pemandu kepada kereta jenazah mereka”. Memang ayat ini agak keterlalauan kot bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku tidak. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Malah ini adalah janji Allah SWT yang berbunyi:- "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 ) INGAT, ini janji Allah SWT, bukannya jadi Agong ataupun PM. Janji Ketua Pengarah JPJ pun bukan. Tpi ini janji Tuhan Sekalian Alam. Malahan Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali pernah bertanyakan kepada manusia apakah yang paling hampir dengan kita? Ada anak muridnya yang menjawab mak ayah, guru, teman dan saudara mara. Tapi Imam Al-Ghazali kata, jawapan paling tepat adalah MATI… kerana ia sesuatu yang pasti buat orang yang telah hidup. Konklusinya akhirnya, manfaatkanlah setiap perkara yang kita telah miliki dengan menterjemahkannya menjadi aspek2 yang akan membuka peluang kepada kita supaya dapat berbakti kepada kedua orang tua kita. Wahai sahabat, bukanlah matamu yang cerlang itu dan lihatlah bahawa dunia ini hanya sementara dan manfaatkan setiap sisa-sisa masa yang ada ini agar hidup menjadi lebih bermakna dan kematian itu siap siaga kita tempuhi. Waallahua’lam….

No comments:

Post a Comment