Tuesday, July 31, 2012

Emakku: Superwoman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Pertama sekali mohon keampuan kerana sudah begitu lama tidak masukkan post yang terkini untuk tatapan pembaca sekalian. Permukaan semester yang baru dengan taklifan diri yang makin bertambah menyebabkan masa yang ada agak suntuk untuk berkongsi idea atau pendapat dengan para pembaca yang setia ini. Hari ini hajatnya dah berkongsi perasaan. Jiwang sikit sekali-kala… Hahaha.. Tatkala munculnya bulan Ramadhan, pasti bagi anak-anak di perantauan seperti aku ini (yeke anak perantauan??? Mcm over je bunyinya.) pasti akan terkenangkan masakan-masakan ibu, emak atau apa2 je panggilan yg sesuai. Panggilan manja aku untuk ibu aku adalah emak. Jadi, orang lain yg xde kaitan tu jgn2 la nk menggatalkan mulut korang tu tuk panggil emak aku dgn panggilan yg sama ok? Huhuhu… Mesti ramai yang tertanya-tanya sebab ap tiba2 aku dpt kekuatan tuk update blog malam ni bukan? Sbnrnya waktu berbuka td aku telah melapangkan masa tuk berbuka puasa bersama-sama dengan pelajar2 antarabangsa kolej aku. Ketika sesi soal jawab antara pimpinan pelajar dgn mahasiswa, satu benda yang terlintas di minda ini adalah perasaan kesian dgn mereka yg belum tentu berpeluang utk berbuka dgn family masing2. Memang benda nix de kaitan pn dgn majlis mahupun sesi soal jawab tu. Cuma minda aku ini shj tiba2 memikirkan benda itu tanpa dipinta. Muhasabah diri sebentar utk memikirkan bahawa setiap masa pasti ada org lain yg lebih kurang bernasib baik drpd kita lg. Kembalikan kpd objektif utama post aku mlm ni. Emak adlh individu yg begitu penting dlm kehidupan setiap manusia di dunia ini. Seandainya tiada emak, maka mustahillah aku wujudnya setiap inci tubuh kita ini. Bagi aku emak adlh superwomen terbaik dalam sejarah abad moden ini. Kalo korang mengatakan emak korang lg hebat drpd emak aku, maka sori gua xleh terima fakta itu. Hihihihi… Bukannya ego ok??? Tapi pastilah korang merasakan ibu korang lbih hebat dri org lain. Siapa lg yg akn mempertahankan emak kita, kalo bkn kita sendiri. Walau bagaimana rupa pn emak kita, Islam ttp mewajibkan kita utk menghormati dan mempertahankan ibu kita masing-masing. Bukan Islam sruh korang bergaduh pasal ini, tpi seb enarnya Islam hndk kita memberi kedudukan yg istimewa kpd emak kita masing2.
Secara rasminya emak aku adlh seorang guru di sebuah sekolah menengah. Seecara tak rasminya pula, emak aku jgak adlh pertani, perniaga, chef masakan, kaunselor, pereka dekorasi dan juga pembantu yg baik. Banyak tak kerja mak aku??? Tpi jgn fkir yg smua tu adlh rutin harian mak aku. Secara umumnya, pekerjaan2 yg aku sbut td adlh rutin mingguan mak aku. Maknanya dlm seminggu mak aku pasti akn buat smua pekerjaan2 td, walaupun skrg2nya sekali shj. Kdg2 kita sbg anak sudah pasti xnak emak kita kerja terlalu keras bkn? Tp bg mak dan ayah aku mungkin berbeza. Tanggungjawab dan amanah anak bg mereka telah mendorong mereka utk trus kuat berusaha supaya anak-anak akn mengharungi masa depad yg sempurna. Seorang ibu dan ayah pasti ingin shj menunaikn setiap keinginan anak2 mereka. Bg ak sbgai seorg anak sudah pasti akan ttp membantu meringankan kerja emak dan ayah aku. Aku bangga memiliki adik-beradik yg sentiasa prihatin terhadap mak dan ayah. Pesanan mak dan ayah yg sntiasa diulang2 setiap kali aku pulang bercuti adlh, “anak-anak, tugasnya hanyalah belajar, belajar dan belajar. Bab duit biar mak dan ayah uruskan”… Memang seronok dgr ucapan tu. Tpi sebgai manusia yg normal sudah pasti serba-salah itu ttp menyelubungi diri. Ingat, jgn sesekali kalian memperhambakan ib u bapa kalian. Sesibuk mana pun emak dan ayah ku, mereka ttp akn luangkan masa bersama kami di rumah. Itulah kelebihan emak dan ayah aku. Emak dan ayah, aku akn tetap menyayangi kalian selagi nyawa kekal bersama tubuh ini. Doa kudus dri kalian adlh pendorong hadirnya Barakah Allah SWT pd aku. Didikan dan ajaran akn aku usaha balas dgn memenuhi impian kalian. Amin…. Seandainya aku diberi pilihan utk memilih calon isteriku, semestinya ciri-ciri yg ada pada emak seharusnya juga ada pada bakal isteriku nti. Mungkin ini jwpn yg biasa diberi oleh sesetgh remaja2 lelaki apabila berckp soal calon isteri. Knape aku hndk cirri-ciri pd isteri ak sama dgn ciri-ciri emak aku? Emak aku adlh wanita terhebat di dalam dunia yg pernah aku kenali. So, sudah semestinya aku jgak ingin memliki seorang isteri yg terhebat. Emak jgak adlh satu2nya wanita yg sntiasa bersama aku, walaupun baik mahupun jahat aku ini. Dan semestinya aku inginkan seorg isteri yg sntiasa bersamaku. Semoga segala impianku ini akn dikurniakan oleh Allah SWT. Waallahua’lam…