Monday, November 26, 2012

Ini Madrasah


Ini madrasah,
Yang pernah menjadi saksi,
Satu cendekiawan ini menabur jerih,
Dikerahnya daging serta tulangnya,
Demi syahid kecil lagi kudus.

Ini madrasah,
Yang pernah menghamilkan,
Puluhan ulama nusantara,
Ulama yang tidak ingin melihat
agama ini dilitupi rahap,
Malah terus diangkat pawana.

Di madrasah ini jualah,
Akalku membentuk satu ideologi,
Menyertai satu revolusi diri.

Dinding dan tingkap madrasah inilah,
Yang menjadi saksi berlakunya
satu revolusi ummah,
dihamilkan sendiri revolusi ini
oleh ratusan jiwa manusiawi.

Madrasah- sebahagian daripada kita
Madrasah- syurga intelektual
Madrasah- terimalah penghargaan dariku.

Terima kasih madrasah!!!


Faris MM
Kuala Kangsar
2009 

Sunday, November 25, 2012

Dunia Yang Bisu




Dunia mula menjadi sepi,
masyarakat mula menjadi bisu,
mulut tidak lagi berfungsi,
mata seolah-olah buta.

Kegusaran hanya sementara,
kegelisahan hanya bersifat palsu,
keprihatinan hanya lakonan
semangat hanya pada mulut.

Betebaran masalah dunia ini,
sebuah dunia yang sepi,
masyarakat yang cakna menyepi,
pernindasan mula dianggap suci.

Agama pula tidak lagi ditempatnya,
hanya berkitar di masjid dan pelosoknya,
duit tidak lagi menjadi suci,
rasuah pula menjadi sebati.

Kenapa begini?
jahilkah bangsaku ini?
tulikah pemikiran bangsaku?
mungkin kerana santunnya bangsaku ini.

Bukalah mata cerlangmu bangsaku,
beredarlah melihat bangsamu,
carilah dimana nilai bangsamu,
bersyukurlah dengan sekelumit nilai kalian,
Ayuh,
kembalikan semangatnya.

Ibnu Rahman Al-Kangsari
KIAS, Nilam Puri
10 Mei 2011


Friday, November 23, 2012

Hai budak kampung!!!

Kampung VS Bandar: Tetap ada nilai tersendiri....

“Hai budak kampung!!!”, panggil muiz pada hafiz.
“Assalamualaikum, hai.” balas hafiz dengan tenang.
Wajah muiz merah bersama balasan salamnya. Hafiz tetap meneruskan suapan makanan ke dalam mulutnya. Panggilan dari Muiz bukan sesuatu yang perlu dikejut dan difikirkannya. Sememangnya asal-usul dia daripada kampung. Suasana di Kantin Fakulti Kejuruteraan masa itu tenang dek kerana kurnagnya pelajar.
“Muiz, Apsal ko suka panggil aku budak kampung erk?” 
“Boleh lagi ko tanya soalan macam tu kat aku? Aku ingat ko sedar dah? Rupa2nya ko ni lampi jugak erk? Cuba tengak diri ko tu. Pakaian skema, cermin mata pun style orang tua. Telefon ko pun 3310 lagi. Ko tgk aku ni, pakaian ala-ala group one direction. Telefon aku pula, Samsung Galaxy S3.” Jawab sambil menunjuk-nunjuk telefon bimbit kebanggaannya.
Itulah Mohd Muiz Datuk Saberi. Anak kepada jutawan hartanah yang gemilang lagi terbilang di Kuala Lumpur. Berlagak dan stylo adalah identiti khususnya. Tapi Hafiz bukanlah seorang yang sangat sensitif. Baginya Muiz tetap sahabat yang baik. Cuma adabnya kurang sikit.
“Kiranya ko nak katakan yang orang kampung macam aku ni xde kamajuan  la? Atau bahasa kasarnya kolot la?” Balas Hafiz dengan sedikit emosi. Sebagai anak kampung sejati, kata-kata sinis Muiz tadi sedikit sebanyak menyentuh hatinya.
“Hah, faham pun ko akhirnya. Itulah yang aku nak maksudkan. Tapi aku tak tergamak la nak cakap tadi.”
“Tapi ko jangan bangga sangatlah dengan status orang Bandar ko tu erk!!!” balas Hafiz sambil bangun untuk menuju ke tutorialnya. Melayan kerenah Muiz terlalu lama hanya sia-sia baginya. Hal ini kerana topik perbincangan tetap tentang orang kampung yang tak maju.
“Lepas abih tutorial tunggu aku di kereta, ok? Kita balik sekali.” Laung Muiz pada Hafiz.
Hafiz hanya mengangkat tanda isyarat memahami arahan kawannya itu. Dia perlu melajukan langkahnya. Kerana sepatutnya tutorialnya sudah bermula 10 minit yang lalu. Tidak menepati waktu adalah ciri-ciri orang yang gagal dalam hidupnya. As-syahid Imam Hassan Al-Banna jua pernah berkata, “Kewajipan yang ada lebih banyak dari masa yang ada”.  Jelas menunjukkan kita perlu memanfaatkan setiap masa yang ada.
***
Muiz tenang memacu Toyota Viosnya dengan kelajuan yang sederhana. Kondisi lebuhraya Guthrie ketika itu tidak terlalu sibuk. Barangkali dek kerana masih dalam office hours lagi. Jutaan jasad manusia masih di dalam pejabat mahupun kilang lagi.
“Eh Hafiz, apsal ko sound aku supaya jangan bangga sangat tadi erk?
Muiz, walaupun dia seorang yang berlagak, tapi dia juga  seorang yang mudah untuk dinasihati. Dia tetap akan memikirkan setiap nasihat yang diberikan kepadanya.
“Gini la Muiz, esok ko free tak? Kalo ko free jom kita balik kampung aku kt Kedah jap. Tu pun kalo ko sudi la.” Perlawa Hafiz pada Muiz.
“Esok sepatutnya aku ada date dengan budak junior yang cun tu, hehehe” balas Muiz dengan tersenyum seperti kerang busuk itu.
“Tapi xpela, aku cancelkan dulu date tu, aku ikut ko balik Kedah esok.” Sambung Muiz bersama persetujuannya untuk menerima perlawaan  Hafiz.
***
“Jauhnya kampung ko Hafiz, dah macam masuk kawasan orang asli kt Ulu Tembeling je Hafiz, ada line ke kat sini, tak dapat tido aku kalo tak boleh bergayut dengan awek malam ni.”
“Yes, 1-0!!!” balas Hafiz dengan ringkas.
Muiz menjadi terpinga-pinga. Setahunya hari ini tiada apa-apa perlawanan bola sepak. Baik untuk Liga Malaysia mahupun Liga Perdana Barclays. “1-0? Maksud ko?” Tanya Muiz untuk menjawab segala keraguannya.
“1 untuk aku sebagai budak kampung, dan 0 untuk ko sebagai orang bandar, tengok, awal2 lagi ko dh mengaku xleh hidup hanya kerana xde line telefon. Takde la hebat sangat orang bandar ni rupanya.” Balas Hafiz dengan nada bersahaja.
“Eleh, setakat tu je? Baru 1, belum 10 lagi wei…” jawab Muiz dengan geramnya.
Kehidupan di kampung bukanlah sesuatu yang biasa dalam diri Muiz, lahir sebagai anak jutawan, menyebabkan masa hidupnya hanya dihabiskan di bandar ataupun di luar Negara sahaja. Tambahan pula datuk dan neneknya yang sememangnya tinggal di Kampung Baru, menambahkan keasingan dirinya dengan suasana kampung.
***
Pagi ini Hafiz mengejutkan Muiz agak awal. Sebaik sahaja Muiz membuka kelompak matanya, gegendang telinganya terus Berjaya menangkap laungan azan dari masjid yang berdekatan. Hafiz mengajak Muiz untuk berjemaah bersama-sama keluarganya. Ayah Hafiz sememangnya sudah menunggu di ruang tamu sejak tadi lagi. Sejak qiyamullail lagi ayahnya belum meinggalkan sejadah itu lagi.
Muiz berjalan dengan longlai ke bilik air sambil mencapai tualanya. Hafiz hanya menghantar Muiz dengan pandangan matanya sahaja. Dia yakin Muiz sudah mengetahui di mana bilik airnya. Hafiz pula terus ke menunggu di ruang tamu untuk menyertai majlis zikir bersama-sama ayahnya. Sememangnya itu suasana normal keluarga Hafiz ketika dinihari.
“Arggggghhhh, sejuknya!!!” laung Muiz dari dalam bilik air dengan sekuat hatinya.
Jeritan Muiz itu telah mengejutkan Hafiz, ayahnya dan ibunya. Lebih menarik lagi turut mengejut adik bongsu Hafiz yang masih tidur. Mereka tersentak. Tetapi ayahnya tetap meneruskan majlis zikir itu. Hafiz tersenyum.
Seusai menunaikan solat Subuh berjemaah, Hafiz dan Muiz terus masuk ke bilik semula. Sebaik sahaja pintu ditutup, ketawa Hafiz terus sahaja berderai.
“Pasal apa ko ni? Sawan ke?.” tanya Muiz.
“Apa citer bro? Pagi-pagi hari dah menjerit. Tula, asyik mandi ngan air panas je, dengan air sejuk pun ko kalah, tau tak? 2-0, bro!!!”. Jawab Hafiz dengan jawapan yang penuh sinis.
Muiz senyap seribu bahasa. Dia akui, sememangnya setiap pagi dia hanya akan mandi dengan air dari pemanas air di bilik mandinya sahaja. Itupun setelah bangun pada jam 7.00 pagi paling awal. Tapi hari ini, dia perlu menjamah air kolah yang sejuk pada jam 5.00 pagi lagi. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.
“Tu la ko. Jangan berlagak sangat jadi orang bandar. Badan je sasa, hari2 pergi gim, tapi dengan air pun kalah dah.”
“Aku bukan takut la. Cuma tak biasa je.”  Balas Muiz untuk membela dirinya.
“Memang la sebab tak biasa. Ko ingat aku kecik2 dulu kena berlatih ke untuk mandi dgn air sejuk tu? Sejak aku kecil lagi aku mandi dah ngan air sejuk tu. Kadang-kadang aku terjun je dalam kolah tu.”
Pagi itu Hafiz dan Muiz berbual panjang sambil bebaring diatas katil sementera menunggu waktu sarapan pagi. Pelbagai perkara mereka perkatakan. Muiz tak habis-habis dengan isu cintan-cintunnya itu. Hafiz pula tetap dengan isu politiknya. Itulah mereka, dua sahabat rapat yang sekursus pengajian, tetapi memiliki tarikan pemikiran yang berbeza. Apabila sampai waktu untuk sarapan pagi, mereka bingkas bangun. Tiba-tiba Hafiz terus memusingkan badan Muiz untuk melihat bahagian belakangnya.
“Eh, Muiz. Ko tido kt mana semalam? Kat sarang nyamuk ke? Penuh bintik-bintik badan ko.”
“Aku punya badan tak pulak bintik2 macam ko.  Padahal aku tidur sekali ngan ko semalam. Lembut betul kulit orang bandar. Macam kulit perempuan ko tau tak? Anak dara kampung ni pun aku rasa ok lagi kulit. Hahaha” tambah Hafiz dengan ayat penuh kata-kata sinis.
Muiz menarik muka masam. Menikmati sarapan yang disediakan sambil otak ligat memikirkan kata-kata Hafiz sebentar tadi. Ada ketikanya, kata-kata Hafiz memang benar. Teramat sangat benar.
Selepas sahaja menikmati sarapan pagi, mereka terus bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur semula. Sekarang belum lagi cuti semester. Oleh itu, keberadaan mereka di kampung hanyalah sebentar. Sekadar mengambil kesempatan cuti hujung minggu sahaja.
***
Perjalanan pulang mereka ke Kuala Lumpur amat mendamaikan. Mereka perlu meredahkan kawasan pernanaman padi yang amat sinonim dengan negeri Kedah ini. Muiz masih diam seribu bahasa. Otaknya tetap memikirkan tentang dirinya ketika di kampung Hafiz tadi.
“Hafiz, aku minta maaf la wei.”
“ Pasal apa pulak ko nk minta maaf ngan aku tiba2 ni?”
“Yela, sebelum ni aku selalu kutuk ko dengan panggilan budak kampung. Padahal ko lebih lasak dari aku.”
“Owh,, pasal tu je. Ok la Muiz. Sebenarnya Muiz, orang kampung macam aku ni macam student fakulti pengajian Islam juga la.
“ Macam student fakulti pengajian Islam? Maksud ko?” Tanya Muiz dengan dahinya yang berkerut-kerut.
Dari manapun kamu datang, hanya ketaqwaan yang dilihat
“Macam ni, walaupun mereka nampak ketinggalan je pasal dunia teknologi, tidak seperti ko yang sememang amik course computer networking, tapi mereka tetap tahu asas-asas computer, malahan boleh menggunakan computer utk membuat assignment mereka. Tapi ko, walaupun ko expert bab teknologi ni, tapi ko belum tentu boleh memahami asas-asas Islam,” Terang Hafiz dengan panjang lebar.
“Pastu apa kaitannya dengan orang kampung?” soal Muiz meminta penjelasan lagi daripada Hafiz.
“Sama la macam aku, walaupun aku ini budak kampung, tetapi apabila aku pergi ke bandar, aku tetap boleh survive hidup aku. Pasal teknologi masa kini pun aku boleh guna. Takde la macam ko yang menjerit tak tentu pasal bila duduk kampung. Nasib baik duduk sehari je. Kalo hancur la kulit ko kena gigit dengan nyamuk,” tambah Hafiz sambil sempat menyindir Muiz lagi.
“ Betul la apa ko cakap tu. Kadang-kadang aku lihat orang bandar ni majoritinya berlagak je lebih. Tapi sebenarnya habuk pun xde. Tapi xpela, yang pasti lepas ni aku xakan kutuk ko budak kampung lg dan aku nak duduk kampung ko lg lepas ni ”.
Aku bangga sebagai budak kampung
Mereka pun ketawa. Dan perjalanan mereka diteruskan menuju ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Orang kampung atau orang bandar sekalipun, mereka perlu menuntut ilmu. Kerana dengan ilmulah seseorang itu menjadi mulia. Orang kampung atau orang bandar, Allah SWT hanya melihat ketaqwaanmu dan bukannya asal-usulmu dari mana.

Siapa Palestin Pada Kita?


Palestin,
Derita jika Israel tidak bertindak,
Sengsara jua apabila Israel menyerang,

Kita,
Senyap jika Israel  berehat,
Bising apabila Palestin diserang.

Siapa Palestin pada kita?
Sekadar masyarakat manusia?
sebagai sahabat alam maya?
topik-topik picisan di media massa?
sebuah nama Negara Arab?
sejarah  tamadun manusia?

Atau,
Dialah saudara seakidah?

Lihatlah Palestin dengan mata hatimu.
Supaya kita meneyedari dialah  saudara seakidah kita

Bacakanlah doa buat mereka.
Doa Senjata Kita.

Siapa Palestin Pada Kita?

 Biar kita berbeza panji, tetapi pastikn kita bersatu hati.

Biarlah kita berbeza persatuan, tetapi kita memiliki kesatuan.

Kita memiliki Allah yg satu,
Al-Quran yg satu,
Kiblat yang satu.

Oleh itu kesatuan perlu menjadi milik kita

Tuesday, November 6, 2012

Abang Long: Semoga Menjadi Seperti Usamah Bin Zaid




Lebih Kurang Setahun Yang Lalu
Lebuhraya Timur-Barat tidak pernah lekang daripada dilalui oleh kenderaan-kenderaan yang pelbagai rupa dan jenis.  Walaupun keadaan sekelilingnya dipenuhi dengan hutan-hutan tebal. Hari ini aku juga sebahagian daripada makhluk-makhluk Allah SWT yang turut menelusuri jalan ini. Bersama kakak yang tercinta, kami kembali ke kampong halaman. Kenapa? Itu yang masih menjadi tanda tanya kepada aku. Aku memmaksa kotak mindaku untuk merembes keluar jawapan yang sesuai sebagai kenapa aku perlu pulang ke kampong pada kali ini. Jawapannya tetap samar. Kepastian belum dapat dirungkai. Panggilan dari ibu yang berharap sangat aku dapat pulang ke kampung sudah satu kejanggalan. Ditambah pula dengan ajakan kakak yang tiba-tiba turut memujuk ajak pulang juga adalah kejanggalan yang kedua. Kenapa kedua-kedua situasi ini berlaku seolah-olah seperti telah dirancang? Bukan ajakan kakak dan permintaan kakak itu satu yang aneh, tapi aku baru sahaja pulang ke kampung minggu lepas, tiba-tiba minggu ini kena pulang lagi. Apabila ditanya, jawapannya tetap menghampakan.
Perjalanan kami ke Kuala Kangsar turut diiringi dengan hujan yang renyai-renyai. Aku hanya memilih kelajuan bawah 80km/sejam. Semuanya tenang, suasananya sama seperti kepulangan ke kampung sebelum-belum ini. Tiada sesuatu yang boleh dianggap klu kepada jawapan kenapa aku perlu pulang. Sampai di rumah, tiada sesuatu yang istimewa yang dapat berbola mata aku ini lihat. Susunan perabot, sambutan ahli keluarga yang lain semua masih dalam tahap normal. Kami sampai tepat jam 10.00 malam. Dek kerana keletihan mengharungi perjalanan yang jauh aku terus merebahkan tubuhku keatas tilam kesayanganku sejak zaman sekolah lagi. Inilah tilam yang aku guna pakai sejak aku sekolah rendah hingga kini. Bukan tilam busuk. Tapi keperluan yang tetap berfungsi dengan baik. Bilikku tetap sama seperti kali terakhir aku meninggalkannya sebelum ini. Bukti bahawa aku baru sahaja pulang ke kampung.
Bangun pagi tiba-tiba mak kata, “Faris, lepas Jumaat ini jangan keluar ke mana-mana pula, abang ipar kamu nak datang”.
“Yes, inilah key word kenapa aku perlu pulang ke kampung pada minggu ini.”, gumam aku dalam hati.


7 Nov 2012
Kini, semua itu hanya sebahagian daripada lakaran-lakaran lukisan kehidupan yang pernah berlaku di dalam ingatan aku. Kenangan bukan sahaja perlu dikenang, tapi nikmatilah akal dengan berfikir tentang hikmahnya. Setahun yang lalu adalah titik awal kepada bagaimana akan munculnya istilah abang long di dalam keluargaku. Setiap orang pasti agak overact apabila ingin menerima ahli keluarga. Baik abang/adik ipar, kakak ipar, ataupun anak saudara. Aku tidak terkecuali. Menjadi anak lelaki tunggal dikalangan adik-beradik memang saat menerima seorang abang express adalah satu saat yang penuh dramatik. Walaupun adik-beradik lancer memanggil abang long, lidahku masih terkial-kial menyebut istilah abang di rumah sendiri. Barangkali dek kerana pengalaman hidupku tidak pernah mengajar aku supaya memanggail seorang daripada kalanga keluargaku dengan istilah abang.  
Semoga dengan kehadiran seorang abang (walaupun abang express,hu3), sejuta kebahagian tetap aku harapkan. Seandainya kelahiran Usamah Bin Zaid menceriakan kehidupan Nabi Muhammad SAW, sebegitu jualah yang aku harapkan daripada kehadiran seorang abang long