Lebih Kurang Setahun Yang Lalu
Lebuhraya Timur-Barat tidak pernah lekang daripada dilalui oleh
kenderaan-kenderaan yang pelbagai rupa dan jenis. Walaupun keadaan sekelilingnya dipenuhi
dengan hutan-hutan tebal. Hari ini aku juga sebahagian daripada makhluk-makhluk
Allah SWT yang turut menelusuri jalan ini. Bersama kakak yang tercinta, kami
kembali ke kampong halaman. Kenapa? Itu yang masih menjadi tanda tanya kepada
aku. Aku memmaksa kotak mindaku untuk merembes keluar jawapan yang sesuai
sebagai kenapa aku perlu pulang ke kampong pada kali ini. Jawapannya tetap
samar. Kepastian belum dapat dirungkai. Panggilan dari ibu yang berharap sangat
aku dapat pulang ke kampung sudah satu kejanggalan. Ditambah pula dengan ajakan
kakak yang tiba-tiba turut memujuk ajak pulang juga adalah kejanggalan yang
kedua. Kenapa kedua-kedua situasi ini berlaku seolah-olah seperti telah
dirancang? Bukan ajakan kakak dan permintaan kakak itu satu yang aneh, tapi aku
baru sahaja pulang ke kampung minggu lepas, tiba-tiba minggu ini kena pulang
lagi. Apabila ditanya, jawapannya tetap menghampakan.
Perjalanan kami ke Kuala Kangsar turut diiringi dengan hujan yang
renyai-renyai. Aku hanya memilih kelajuan bawah 80km/sejam. Semuanya tenang,
suasananya sama seperti kepulangan ke kampung sebelum-belum ini. Tiada sesuatu
yang boleh dianggap klu kepada jawapan kenapa aku perlu pulang. Sampai di
rumah, tiada sesuatu yang istimewa yang dapat berbola mata aku ini lihat.
Susunan perabot, sambutan ahli keluarga yang lain semua masih dalam tahap
normal. Kami sampai tepat jam 10.00 malam. Dek kerana keletihan mengharungi
perjalanan yang jauh aku terus merebahkan tubuhku keatas tilam kesayanganku
sejak zaman sekolah lagi. Inilah tilam yang aku guna pakai sejak aku sekolah
rendah hingga kini. Bukan tilam busuk. Tapi keperluan yang tetap berfungsi
dengan baik. Bilikku tetap sama seperti kali terakhir aku meninggalkannya
sebelum ini. Bukti bahawa aku baru sahaja pulang ke kampung.
Bangun pagi tiba-tiba mak kata, “Faris, lepas Jumaat ini jangan keluar
ke mana-mana pula, abang ipar kamu nak datang”.
“Yes, inilah key word kenapa aku perlu pulang ke kampung pada minggu
ini.”, gumam aku dalam hati.
7 Nov 2012
Kini, semua itu hanya sebahagian daripada lakaran-lakaran lukisan
kehidupan yang pernah berlaku di dalam ingatan aku. Kenangan bukan sahaja perlu
dikenang, tapi nikmatilah akal dengan berfikir tentang hikmahnya. Setahun yang
lalu adalah titik awal kepada bagaimana akan munculnya istilah abang long
di dalam keluargaku. Setiap orang pasti agak overact apabila ingin menerima
ahli keluarga. Baik abang/adik ipar, kakak ipar, ataupun anak saudara. Aku
tidak terkecuali. Menjadi anak lelaki tunggal dikalangan adik-beradik memang
saat menerima seorang abang express adalah satu saat yang penuh
dramatik. Walaupun adik-beradik lancer memanggil abang long, lidahku masih
terkial-kial menyebut istilah abang di rumah sendiri. Barangkali dek kerana
pengalaman hidupku tidak pernah mengajar aku supaya memanggail seorang daripada
kalanga keluargaku dengan istilah abang.
Semoga dengan kehadiran seorang abang (walaupun abang express,hu3),
sejuta kebahagian tetap aku harapkan. Seandainya kelahiran Usamah Bin Zaid
menceriakan kehidupan Nabi Muhammad SAW, sebegitu jualah yang aku harapkan
daripada kehadiran seorang abang long.
abg Iong mior xnk tambah kakak ntuk adik ke? =)
ReplyDeletetambah adik ntuk kakak ke? =D
sape yg xnak.. tpi abg long mior xjumpa lagi kak longnya.. hua3.. ada nk suggest sape2 ke? he3
ReplyDelete