Monday, December 6, 2010

Hijrah Itu Wajib Hukumnya

Ya sudah jelas dalam Al-Quran bahawa melakukan sesuatu hijrah itu adalah wajib. Sejarah tamadun Islam juga menyaksikan bahawa Rasulullah telah berhijrah bersama para sahabat ke Madinah Al-Munawarah bagi mengembangkan agama Allah, selepas mereka gagal menyebarkan Islam di Mekah. Tapi kini, umat Islam masa kini, tiada alasan lagi untuk berhijrah selepas gagal menyebarkan Islam di sesuatu kawasan. Hal ini jelas di dalam Sabda Nabi S.A.W:-

"Dari Aisyah ra. berkata, Nabi SAW bersabda: Tidak ada lagi hijrah selepas ditaklukkannya Kota Mekah, tetapi yang tetap ada iaitu jihad (berjuang pada jalan Allah) dan niat untuk selalu berbuat baik. Oleh kerana itu, jika kamu sekalian dipanggil untuk berjuang maka berangkatlah".(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini ditujukan oleh Nabi SAW kepada orang yang baru masuk Islam (masuk selepas pembukaan Kota Mekah) selepas mereka bertanya perlukah kami berhijrah kerana para sahabat dahulu wajib berhijrah. Sebagai contoh perkara syirik khofi(tersembunyi) yang biasa kita amalkan adalah, sebagai contoh, seorang penyerang bola sepak berjaya menjaringkan gol, selepas itu dia berkata kepada pasukannya, "Ko tengok kaki sape yang buat gol tadi, kalo takde kaki ni, kalah kita tadi". Pemain bola sepak ini dianggap syirik kerana dia meletakkan kaki dia adalah kepada jaringan itu.Walhal yang menjadi punca sebenar jaringan itu adalah Allah SWT mentakdirkan dia menjaringkan gol. Seolah-olah penyerang ini telah mentauhidkan KAKInya sendiri.

Kita cukup kecewa hari ini apabila melihat gelagat anak-anak melayu yang seolah-olah mereka tidak beriman kepada sifat ALLAH yang Maha Melihat. Mereka fikir apabila mereka menyembunyikan maksiat mereka, tiada siapa akan tahu. Sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah jua. Sembunyi macam mana pun, Allah telah buka maksiat mereka sebagai balasan awal di dunia ini.

Apabila dilihat dari sudut undang-undang pula, dunia ini sudah terbalik. Jelas terbukti apabila undang-undang Islam yang sebenar terpaksa tunduk kepada undang-undang British yang jelas kafirnya. Kita sibuk banggakan negara kita ini negara Islam, tetapi dimana Islamnya? Dimanakah ketuanan kita? Media2 massa hari ini sibuk memperlihatkan demostrasi-demostrasi yang menuntut kepada ketuanan Melayu ditegakkan. Tetapi di manakah ketuanan ALLAH, yakni hak-hak Allah yang sekian lama kita abaikan. Jelas bertapa jahilnya masyarakat masa kini. Tiada guna kita merdeka berpuluh tahun jika Hak-hak Allah pun kita abaikan. Tiada guna kita menjadi pemimpin, jik a hak-hak Allah pun kita pinggirkan. Apabila suatu masa dahulu, ketika diminta oleh Profesor Ahmad Ibrahim agar ditambah dalam Perlembagaan Malaysia satu perenggan yang bermaksud "Undang-undang Islam adalah yang tertinggi, walaupun bercanggah dengan mana-mana undang-undang sekali pun". Tetapi sehingga hari ini pemimpin kita yang tertutup mindanya terus tetap mentulikan telinga mereka yang sememangnya tuli. Masyarakat hari ini seharusnya membebaskan diri mereka dari Syirik Nasional dan mengantikan dengan Tauhid kepada Allah yang satu. Kita sibuk war-warkan gagasan 1Malaysia daripada gagasan Islam yang meyebabkan umat Islamn terus mundur di bumi sendiri.

Usaha membebaskan amalan syirik dari dunia melayu ini sememangnya sesuatu yang perlukan kesatuan dengan diketuai oleh pemimpin yang selayaknya menjadi khalifah seperti Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain. Inisiatif hijrah ini juga memerlukan perancangan yang kukuh seperti Rasulullah merancang untuk berhijrah ke Madinah. Untuk pengetahuan semua,bulan Muharam menjadi mula pertama dalam Islam adalah kerana di bulan inilah bermulanya azam para sahabat untuk berhijrah ke Madinah. Sekian.